Dah lama tak pergi pantai sejak beberapa tahun ni,syik sibuk dengan kerja
yang tak pernah nak selesai..
Aku memutuskan untuk merehatkan diri dan menghilangkn rasa
letih dek kerja yang sememangnya meletihkan..
Destinasi pilihanku kali ini adalah di suatu kawasan yang mampu mendamaikan
jiwa ini..cewah,jiwanglah pulak..hehehe
Pasir dan Air Laut adalah pilihan destinasiku kali ini.. Pantai kinarut di mana terletak
berhampiran dengan kediaman pakcik ku Ag Tajudin dan panggilan manjanya pula ialah
'Kayah'.. Aku pun tak taulah dari mana dia dapat nama kayah ni,ahh lantak dialah..
he..
Kira-kira jam 12tgh hari aku dan cousin-cousinku bertolak dari rumah
ke kawasan pantai berhampiran rumah pakcik ku itu.. Lokasi Pantai Kinarut tu taklah
jauh sangat,hanya mengambil masa kurang dari satu jam untuk sampai..
Perasaan tak sabar tu memang dah menguasai diri,maklumlah dah lama tak berpijak di atas
pasir yang putih dan lembut.. :-)
Setibanya disana,kitorang tak terus pergi ke pantai sebaliknya kitorang singgah menjengukkan
muka di rumah pakcik ku yang memang dari tadi menanti kedatangan kitorang,maklumlah
anak buah kesayanganlah katakan (konon) hehehe.. Pakcik ku menanti kitorang dengan
senyuman manis yang terukir dibibirnya.. Dari raut wajahnya tersimpan satu perasaan yang
cukup ku fahami iaitu perasaan gembira menemui anak buahnya yang memang sentiasa
riang ria macam kanak-kanak riang..hehe.. Bezanya kitorang ni bukan kanak-kanak
lagi,dah remaja dan dah ada yang bergelar umi dan daddy..hehe
Dirumah pakcik ku itu,kitorang bercerita bermacam-macam story,
semuanya story yang menggelikan hati kitorang.. :-)
Sesekali aku pergi menyakat cousinku anak kepada pakcik ku..
Best tau menyakat cousinku ini,dia tak pandai marah.. Kalau marahpun
marah-marah manja ja tu.. :-) Pakcik ku ni juga ada memiliki sebuah butik pakaian.. Dan semua
barangan yang dijual dibutik miliknya tu bagi aku sangatlah berkualiti sesuai dengan harganya..
Bagi aku,pakaian yang dijual dibutik pakcik ku tu lebih murah jika dibandingkan dengan harga di buti-butik lain.. korang boleh bandingkanya sendiri..
Bermacam-macam pakaian yang dijual,tudung,baju perempuan,baju lelaki,beg
tangan perempuan,dompet untuk lelaki,produk-produk kesihatan pun ada
dijual di butik dia ni tau.. kalau korang ada masa,korang datanglah berkunjung ke butik
pakcik ku ni,dan kalau dah singgah berkunjung tu,jgnla lupa beli satu dua barangan
yang dijual di sana ye..hehe
Ops,hampir terlupa dah nak bagitau nama butik pakcik ku tu..
Ha,nama butik pakcik ku itu ialah 'Sheerah Collection', terletak di kompleks beli belah ONE PLACE MALL di aras dua ye,Putatan...
Sempat juga pakcik ku mempromosikan tudung yang terbaru kat kitorang..
Yang perempuan memang berminat sangatlah,ada yang membeli sampai tiga pasang
tudung.. Kitorang yang lelaki ni hanya dok tersenyum simpul jala dan ada jugalah yang
tersengih macam kerang busuk..hehe
Iyalahkan,takkanlah kitorang pun nak berebut-rebut tengok tudung perempuan kan,
kitorang kan lelaki,malu lah beb...hehehe
Setelah puas bersembang,aku mengangkat punggung untuk pergi
kedapur.. Didapur,cousin-cousin perempuanku sibuk menyediakan
makanan sebagai santapan tengah hari kitorang Ada juga sorang cousin lelakiku
sibuk membantu didapur,tak taulah dia bantu sediakan makanan ataupun bantu memakan
makanan,lantak dialah.. :-) Bermacam-macam hidangan
yang disediakan,semuanya sedap-sedap belaka.. nyum nyum,terasa berkeroncong
pula perut ni..hihihi.. Sempat juga aku membantu dorang menyedikan makanan
dan juga menyakat dorang serta membantu memakan hidangan yang
dorang sediakan tu hinggakan dorang marah-marah manja kat aku.. hihi
Tapi aku tak hiraukan semua tu yang penting kitorang semua happy.. :-)
Selesai saja makan dan berehat,kitorang pergi ke pantai bersama-sama dengan pakcik dan
anaknya sekali.. Pantai tu taklah jauh sangat dengan kediaman pakcik ku tu,hanya
beberapa minit berjalan kaki je dah boleh sampai.. Tapi kitorang naik kereta jugalah untuk pergi
ke pantai cause kitorang terus balik lepas berlari-lari berkejaran ditepi pantai nanti..hehe
Sampai je kat tepi pantai,kitorang terus buat possing maut,untuk bergambar kenangan..
Aku pun sibuk jugalah mengambil gambar,macam-macam gambar gelagat cousin-cousin ku
yang sempat ku tangkap menggunakan telefon pintar yang kumiliki.. Memang bestlah
ketika tu.. Ramai juga orang yang datang berkunjung ke pantai waktu tu..
Jom layan nengok gambar-gambar di bawah ni ye...
Ha,ini gambar yang cousin aku ambil secara curi-curi.. verry funny... hihi
Ha,yang ni gambar cousin dan anak buah aku,dorang tengah buat apa aku tak
tau.. Tengah cari keranglah kot...hehe
Satu,dua lompat...hahaha,tak menjadi daaaa...hihi
Yang inilah pakcik ku yang tinggal berdekatan dengan pantai..
Dia pun tengah kusyuk nmpaknya bermain pasir..hehe
Sempat juga menangkap gambar-gambar pelik yang ada di tepi pantai.. :-)
Wah,tiga jejaka ni nampaknya betul-betul menikmati
keindahan pantai..hihi
Suasan ditepi pantai pada waktu tu betul-betul indah.. Kitorang dok sana hingga senja
melabuhkan tirainya.. Satu pengalaman dan kenangan yang indah dan takkan kulupakan..
Selepas kitorang puas menikmati keindahan matahari yang terbenam,
kitorang pun berlalu pergi untuK pulang.. Lain kali kitorang pasti akan datang
ke sini lagi.. :-)
terbaik..
ReplyDelete