Hari ni genaplah sudah beberapa bulan aku menyibukkan diri semata-mata mahu melupakan masalah yang kian merunsingkan kotak fikiranku.. Sering kali terbayang perkara-perkara yang berlaku di tahun 2012.. Kadang-kadang aku jadi keliru juga dengan diri sendiri kenapa harus menjadikan hidup ini semakin rumit sedangkan hidup kita ini tidaklah serumit yang kita sangkakan.. Masalah boleh diselesaikan jika kita berfikiran terbuka dan berserah kepada takdir.. Tapi jangan sampai hidup kita ini kehilangan seri dan kegembiraan yang selama ini menemani hidup kita yang fana ini hanya disebabkan kita bergantung kepada takdir tanpa usaha yang lebih..
Sebenarnya apa yang aku nak kongsikan dengan korang dalam blog aku kali ni berkaitan dengan hal peribadi aku.. Tapi tak lah peribadi sangat couse dot.dot.dot.. hehehe..
Tengah aku termenung sambil memetik tali gitar,tiba-tiba fikiranku di serbu oleh kenangan lama sewaktu aku berada di sebuah institut tempat aku belajar..
Nana mariana,satu nama yang mungkin tak kan hilang dari ingatan.. Dia merupakan satu-satunya kawan perempuan aku yang paling baik,caring dan mampu menghiburkan hati walaupun waktu itu aku berada dalam kesedihan.. Orangnya manis,bertahi lalat di dagu sebelah kiri.. Walaupun hanya berbadan kecil,tapi mampu membuat orang lain gelak dengan setiap perkataan yang keluar dari bibir kecilnya itu..
Terdetik dihati kecilku untuk menghubunginya,bertanyakan khabar tentang dirinya..
Malamnya aku cuba kontek dia,nada dering yang berbunyi tuut tuut tuut berkumandang di corong speaker telefon pintar milikku.. Panggilanku tak berjawab,sebaliknya hanya operator yang tolong jawabkan.. Aku cuba kali kedua dan kali ini terdengar suara kecil menyebut perkataan HELLO..
Dari suara aku kenal sangat walaupun ada sedikit serak.. Ya,memang pemilik suara itu adalah Nana Mariana..
Memang tidak aku sangka dia masih ingat akan aku.. Malam tu kami borak lama juga,masing-masing bercerita tentang hal masing-masing..Gelak tawa kitorang mula memecah kesunyian malam yang semakin larut di telan cahaya bulan yang terang,mungkin malam tu bulan penuh sangat tanpa disedari kitorang..
Borak punya borak,tiba-tiba telefon pintarku mengeluarkan bunyi yang boleh tahan anehnya,bunyi yang tidak suka aku dengar.. Bunyi tu menandakan yang PREPAID aku dah nak habis...hahaha..
Aku cepat-cepat meminta diri untuk tidur walaupun sebenarnya PREPAID aku dah nak habis..hehehe
Nak cakap kat dia rasa malu pula,so terpaksalah cakap yang mata ni dah mengantuk sangat...hehehe..
Buat Nana Mariana,thanks couse kau tak pernah lupakan kawan kau yang suatu ketika dulu pernah tak menghubungi kau untuk satu tempoh yang lama...

No comments:
Post a Comment