Pantun spontan untuk tahun baru..
Gendang gendut tali kecapi.
Tahun baru datang lagi..
hahaha
Tahun 2013 dah menjelma,excited sangat nak menunggu ketibaan tahun baru ni..
Azam baru pun aku dah tetapkan..Nak tahu apa azam baruku untuk tahun baru ni?
Teruskan membaca blogku ini ye..
Sempena menyambut tahun baru 2013 ini,aku dengan cousinku dah buat plan untuk mengadakan
party makan-makan.. Kitorang buat party ni biasa-biasa je,party untuk keluarga terdekat je.. Tapi memang bestlah party yang kitorang buat untuk menyambut ketibaan tahun baru ni..
Persediaan jangan cakapah,sejak dari siang hari lagi kitorang dah sediakan barang-barang yang akan kitorang gunakan untuk berparty malam tahun baru..
4jam sebelum ketibaan tahun baru aku,cousin dan juga pakcik ku sibuak menyediakan makanan..
Kitorang tengah bakar-bakar ayam bersama ditemani dengan gelak tawa yang tak henti-henti..
Cousin-cousin perempuan yang lain sibuk menyediakan minuman makanan yang lain sambil bersembang..
Bagi si kecil pula,gelak ketawanya memecahkan kesunyian malam..hehe
Si babu yang dah bergelar makcik dan nenek pula sibuk dengan cerita masing-masing sambil memerhatikan gelagat kitorang yang tengah membakar ayam..
Bau ayam bakar yang kitorang panggang memang sangat menyelerakan..
Buat perut kitorang berkeroncong kelaparan..hahaha
Maaflah,story aku kali ni tak banyak sangat photo yang aku ambil,makumlah aku sibuk dok membakar ayam,so tak dapat nak tangkap gambar banyak sangat, 2 3 keping gambar je yang sempat aku tangkap...
2jam sebeum ketibaan 2013...
OMG OMG,ayam yang kitorang bakar belum siap lagi..
Hanya tinggal 2jam saja lagi bunga api akan menerangi langit tapi kitorang masih ada keja lagi..
Enam pasang tangan dah menguruskan ayam yang dibakar,tapi masih juga tak selesai..hoho
Agaknya bila la ayam ni akan selesai dibakar kesemuanya..Kitorang tetap meneruskan kerja,nasib baiklah cuaca malam ni cerah (tak hujan),taklah terganggu aktiviti kitorang sempena menyambut ketibaan tahun baru ni..
Bau ayam bakar yang kitorang bakar tu memang dah cukup membuatkan nafsu makan aku
membuak-buak begitu juga dengan cousin-cousin ku yang lain,walaupun dorang tak cakap,dari air muka dorang pun aku dah tau yang dorang dah memang lapar sangat pun.. Nak tipu pun tak boleh dah...hihihi.. Si kecil pula sesekali datang memantau keadaan (eleh,macamlah kitorang tak tau yang dia dah tak sabar nak merasa ayam bakar yang dibakar special dengan menggunakn bahan yang di buat sendiri oleh cousin perempuanku..wow)
Rasa ayam yang kitorang bakar betul-betul sedap.. Kitorang makan sampai kitorang kenyang walaupun detik 12malam belum menjelma lagi..Miahaha!!!
Lepas makan kitorang pun berehat dan sambung bersembang lagi.. Yang aku pula tak larat dah nak bergelak ketawa cause perut ni dah membuncit kekenyangan,dah macam ular kekenyangan..hahaha
Tapi sayangnya akau tak sempat menikmati bunga api tahun baru 2013 cause aku tertidur kekenyangan..huhu.. tapi takpe,yang penting aku tetap ada azam untuk tahun baru 2013..hehe
Ramai gak kawan-kawan aku yang wish Happy New Year pada aku (ingat juga dorang pada aku ye,thanks to my all friends yang still ingat kat aku walaupun dah lama tak berjumpa)
Azam aku untuk tahu baru 2013 ni simple je iaitu,
AKU NAK TAHUN 2013 NI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN
SEBELUMNYA....
So simple kan azam aku tahun ni.. Bagaimana pula dengan azam korang untuk tahun baru ni???
:-)
wowww...ayam yg lazartt..hehe
ReplyDeletethn dpn aku cadangkan bakar kambing pula...hehehehe
ReplyDeleteamboi...
ReplyDelete