Saturday, 12 January 2013

Kanser Payudara (Breast Cancer)


Kanser payudara merupakan salah satu kanser yang sangat berbahaya bagi kaum wanita..
Kanser payudara merupakan antara penyumbang kematian terbanyak bagi kaum wanita..
Kanser payudara merupakan sejenis ketumbuhan malignan.. Ianya terjadi hasil daripada tindakan sel yang bermula daripada payudara seterusnya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi jumlah keperluan organ dan seterusnya akan menyerang organ serta tisu-tisu yang berdekatan..
Se-sel barah kanser ini mampu untuk membebaskan dirinya dari ketumbuhan induk seterusnya akan memasuki saluran darah manusia juga akan memasuki sistem limfa.. Ini juga merupakan cara penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain..


malaysiasensasi.net

Faktor penyumbang kepada kanser payudara

  • peningkatan usia
  • mendapat kanser pada sebelah payudara
  • ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
  • datang haid awal sebelum usia 12tahun 
  • putus haid selepas lewat umur 50tahun
  • terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi lemak haiwan yang berlebihan
  • tak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pada umur yang melebihi 30tahun

americanrt.org
Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti Kanser payudara


  • terdapat ruam di bahagian puting payudara
  • puting payudara tertarik ke dalam
  • puting payudara berdarah
  • lelehan keluar dari puting payudara mengandungi darah dan datang secara tiba-tiba tanpa sebarang rangsangan
  • benjolan terdapat pada payudara atau ketiak
  • lekuk atau kerutan yang luarbiasa pada payudara
  • perubahan saiz dan bentuk yang luar biasa pada payudara

cafemlm.com

Cara mencegah Kanser Payudara
  • berhenti merokok bagi yang merokok
  • berhenti minum minuman yang mengandungi alkohol
  • mengambil berat sejarah kenser payudara dalam keluarga
  • melakukan senaman selalu
  • jaga berat badan
  • kenali coli anda (saiz dan keselesaan)
  • periksa payudara anda setiap bulan
  • berkeluarga awal jika perlu
  • jalani ujian memmogram pada setiap tahun
  • mengamalkan penyusuan awal bagi wanita yang ada anak
  • pengambilan makanan segar yang mengandungi nutrien dan bahan kimia yang boleh mencegah kanser
  • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Jika anda sayangkan nyawa anda,sayangkan diri anda dan sayangkan orang yang menyayangi anda,berusahalah untuk menjadi lebih sihat dan beringatlah sebelum terlambat.


cancertrialshelp.org



No comments:

Post a Comment