Tuesday, 15 January 2013

jika TV tak wujud

Pernah korang bayangkan tak jika sekiranya TV tak wujud  dalam dunia manusia ni?
Apalah yang akan terjadi ye kalau sekiranya tv tak wujud? Kalau zaman dulu tak payah ceretalah,memang orang dulu-dulu takde benda yang di panggil tv ni,tak wujud langsung.. Hari-hari tengok muka yang sama ja..hehehe.. Kalau tak muka manusia,muka binatang yang dorang dok menghadap,maklumlah binatang tu kan haiwan buruan untuk dimakan,so kenalah tengok hari-hari kan.. Kalau takde binatang,tak merasalah orang dulu-dulu nak makan daging yang sedap.. Di sini aku akan sertakan pendapat
aku jika sekiranya tv tak wujud : 

TV zaman 60an

Yang pertama,aku rasalah kan,mesti hari-hari yang kita lalui tak berapa ada hiburan berbanding
adanya tv.. Ialah,kalau ada tv banyak hiburan yang kita boleh tonton sperti,sukan,berita,senetron,
dan macam-macam lagilah.. Yang budak-budak pula of course lah cartoon jadi pilihan untuk tontonan dorang kan.. Tapi ada jugakla pangkat orang dewasa yang suka tengok cartoon termasuklah aku..hehe.. tapi  bukan semua cartoon lah aku minat, cereta Crayon Shin Chan ja yang aku minat sangat tengok cause cerita Crayon Shin Chan ni best,mampu buat kita pecah perut dengan aksi-aksi yang melucukan.. :) 

Yang kedua,mesti semua manusia di dunia ni jadi semakin rajin.. Mana taknya,kalau dok kat rumah sudah tentulah boring coz takde apa yang nak di buat kan.. Balik-balik tengok kipas berpusing jalah.. Bagi yang kuat makan tu,tak kira waktu,makan jalah kerja dia kan..hehe.. So daripada dok diam kat ruma,
baik buat kerja kan,tak kira lah kerja apa sekalipun yang penting ada benda yang dibuat untuk mengisi
masa lapang.. Yang perempuan sudah tentu akan buat kerja perempuan seperti mengemas rumah,cuci
baju,cuci pinggan dan masak.. Ha rajinlah tu..hehe.. Yang lelaki pula susah nak cakaplah coz lelaki ni
memang ada malas sikit nak buat kerja,kalau boleh nak duduk goyang kaki ja kat rumah,betulkan?hehe
Tapi tak semualah wa cakap sama lu,cause ada ramai lagi lelaki yang rajin buat kerja yang berfaedah
dari duduk diam-diam kat rumah.. Pendek kata lebih ramai lelaki yang rajin daripada yang malas.. :)

TV awal 70an

Yang ketiga,apapun yang berlaku kat dunia ni lambat untuk kita ketahui.. Kalau ada tv kat ruma,kita tak perlu nak kesana kemari semata-mata nak mendapatkan berita penting yang semua orang perlu tahu..
Memang surat khabar boleh menjadi sumber berita untuk kita,tapi untuk mendapatkan
surat khabar perlukan duit.. Setiap hari kita kena beli semata-mata nak mendaptkan
berita terbaru dan terhangat.. Lagipun memerlukan pelaburan setiap hari (bayaran tu kira pelaburamnlah tu cause melibatkan pengeluaran duit untuk setiap hari).. Kalau ada tv,kita tak perlu nak beli
surat khabar hari-hari,just stay kat ruma dan tunggu waktu berita akan disiarkan.. Senangkan.. :)

Yang keempat,rasanya pembangunan dalam sesebuah negara tu akan jadi lembab kot.. Hal ni disebabkan oleh perniagaan dalam sebuah negara tu kurang berkembang kerana mungkin ramai yang tak tahu akan wujudnya perniagaan yang menjual barang-barang yang memberikan sumbangan besar dalam ekonomi negara dan sudah pasti kita akan susah untuk membezakan antara barangan  yang berkualiti dengan barangan yang tak berkualiti.. Kalau ada tv,ada ditayangkan tentang bagaimana nak mengetahui antara berangan yang berkualiti dengan barangan yang tak  berkualiti..

Dan yang kelima,aku rasalah kan mesti perbelanjaan dalam kehidupan kita ini berkurangan berbanding adanya tv.. Kalau ada tv sudah pastilah akan menyumbang kepada peningkatan dalam penggunaan elektrik,betulkan..hehe.. Contohnya macam sekarang ni,setiap hari kita tengok tv kan.. Dalam sehari kita akan tengok berjam-jam lamanya,kadang-kadang hampir sehari suntuk kita asyik tengok tayangan yang ditayangkan di tv.. Bila dah kita asyik dok tengok tv berjam-jam lamanya sudah pasti bil elektrik pun turut melambung,perbelanjaan bulanan kita pun ikut melambung macam 'Mael Lambung' (zizan raja lawak) hehehe

TV zaman IT sekarang

Sebelum aku chow cincau,aku nak jawab persoalan yang timbul dalam fikiran korang selepas korang
baca story aku ni.. Aku tau korang mesti terfikir macam ni kan "apalah,kan Komputer ada,semua
maklumat yang kita nak boleh didapati dengan melayari internet.. connect ja internet kat komputer
dan semua maklumat kita boleh dapat disitu".. Betulkan korang akan terfikir macam tu,jangan
tipulah..hehehe.. Tapi korang kena ingat jugalah,kalau takde tv,takkan ada komputer cause komputer
datangnya sumber dari idea mencipta tv,so kalau takde tv maknanya tak adalah ilham untuk mencipta komputer.. Komputer kan adik kepada tv.. Dan silap haribulan,handphone dan I-pad pun
tak kan wujud tau.. :)





No comments:

Post a Comment