Thursday, 31 January 2013

Hanis Zalikha datang rumah

Sebut je nama Hanis Zalikha semua orang kenal.. Siapa tak kenal blogger terkenal
kat malaysia,satu malaysia dah kenal.. Dahlah jadi blogger yang terkenal,palakon muda pula tu..
Memang tak rugilah kalau dapat kenal dengan Hanis Zalikha ni.. Kalau korang suka baca blog
dia ni,memang korang kenal la Hanis Zalikha macam mana orangnaya.. Bagi aku dia ni seorang yang 
suka dengan kelainan dalam hidup dia dan of course lah dia ni seorang yang suka menulis kan..



Tapi apa yang aku nak ceritakan pada korang kali ni bukanlah ilusi semata-mata,
tapi memang cerita aku ni betul-betul belaka,bukan rekaan semata.. :)
Mesti ramai yang tak percaya dengan ceritaku ni,tapi korang kena percaya jugak..hehe

Kalau korang nak tau,blogger terkenal Hanis Zalikha pernah datang kat kampung  aku tau,
dia datang satu family.. Memang tak sangkalah yang dia akan datang kampung aku..
Ops,sebelum tu aku nak bagitau apa nama kampung tempat tinggal aku,nama
kampung yang ku diami ni adalah Kampung Benoni.. Terletak di negeri di bawah bayu (SABAH)

Sehari sebelum Hanis Zalikha datang kampung aku ni,cousin aku ada bagitau yang artis nak datang
rumah dia,tapi aku tak percaya,lagipun waktu tu aku langsung tak kenal dengan Hanis Zalikha ni..
Aku tak pernah nampak pun sebelum ni dia berlakon kat tv.. Maklumlah aku ni tak minat sangat
dengan dunia artis ni. hehe.. Kebetulan ke esokan hari memang aku cuti,so aku pun putuskan
untuk duk kat rumah sambil menantikan kedatangan artis yang cousin aku ceritakan tu..



Malam sebelum Hanis Zalikha datang tu,aku ada gak tanya mak aku tentang kedatangan
artis ke rumah cousinku esok,mak aku cakap memang betul artis nak datang sini.. Tapi aku masih juga tak percaya,sangat sukar bagiku untuk percaya kata-kata cousinku tu.. Tapi aku buat persediaan lah juga,kot-kot betul artis nak datang,dapat gak tangkap gambar bersama-sama sebagai kenangan.. hehehe

Pada kesokannya aku bangun awal untuk bersiap.. Aku tengok mak aku dah sibuk memasak hidangan yang sedap-sedap.. Bila aku tanya,dia cakap semua hidangan ni khas untuk menjamu artis yang nak datang tu..
Tersengih juga aku dengar kata-kata mak aku waktu tu.. Tapi apa yang aku perasan,makcik aku yang sebelah rumah pun masak hidangan yang special.. Macam betul je lakonan mak aku dan makcik aku ni..
Sempat juga mak aku cakap yang artis tu akan tiba dalam jam 2 petang.. So aku pun apa lagi,teruslah
capai tuala untuk pergi mandi dan bersiap.. Walaupun tak percaya,tetap juga bersiap..hihihi

Terkejut dan terkejut sangat ketika blogger terkenal Hanis Zalikha betul-betul berdiri kat depan mata
aku.. Mula-mula aku tak kenal mana satu Hanis Zalikha ni,cousin aku yang kenalkan mana satu
Hanis Zalikha.. Orang dia tinggi,berkulit putih dan mempunyai raut wajah yang ayu dan manis..
Dan yang paling aku respect,dia ni jenis yang tak sombong walaupun bergelar artis..
Terpegun juga aku seketika ketika dia senyum,memang menawan senyumannya.. Tak hairanlah kalau
dia ni ramai peminat..



Lepas kitorang lunch bersama-sama,kitorang pun ambil peluang untuk bergambar dengan
Hanis Zalikha.. Dia ok je waktu kami nak bergambar dengan dia,memang dia ni
jenis yang sporting.. Kitorang tak lepaskan peluang bergambar bersama-sama dengan dia..
Maklumlah,bukan selalu artis datang sendiri ke kediaman kita kan,tambah-tambah lagi
artis terkenal.. Sebenarnya cousin perempuan ku yang jemput dia datang kat rumah dia,kebetulan
waktu tu keluarga Hanis sedang bercuti di sabah.. Tapi tak
sangka pula Hanis Zalikha dengan keluarga dia betul-betul datang kan.. Macam mimpi pula..
hihihi

Selepas puas bergambar,dorang satu keluarga pun meminta diri untuk balik ke hotel cause
hari pun dah senja.. Lagipun dorang mesti letih cause tak sempat rehat lama..
Apa-apa pun,aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah pada Hanis Zalikha sekeluarga cause sudi datang ke sabah seterusnya sudi singgah kat kampung kitorang KG BENONI..
Kitorang semua tak kan lupakan kenangan yang indah ni.. Kalau datang sabah lagi,
jemput lah datang ke kampung kami lagi ye.. :)
Thanks ya Hanis.. :)

JOM LAYAN GAMBAR YANG SEMPAT AKU POTRETKAN










Hanis Zalikha & Yaya (Boboboi)





Beberapa minit sebelum berangkat pulang ke hotel






Bye Hanis Zalikha...Jumpa lagi....
Thanks for coming....

3 comments:

  1. wah comelnya si hanis kan? aku pun peminat hanis huahua. oh kau orang benoni ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..org benoni..ko org benoni gak ek... :-)

      Delete
    2. Yup..org benoni..ko org benoni gak ek... :-)

      Delete