Sunday, 24 November 2013

Seribu Kenangan

Tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya... Rasa sedih dan sebak pula bila mengenangkan penghujung tahun 2013 kerana terlalu banyak dugaan-dugaan yang hadir menggangu hidup ku...

Memang kita sebagai manusia tak kan dapat lari dari semua dugaan-dugaan duniawi,tapi semuanya adalah lumrah hidup sebagai manusia dan kita harus terima dengan sabar...
Sebenarnya ada perkara sedih berlaku dalam hidup ku dan nak share dengan para pembaca semua,tapi oleh kerana ianya adalah peribadi,aku x jadilah nak ceritakan kat korang semua,sorry ye...

Tapi,sampai masanya nanti,aku akan coretkan juga kisah sedih yang pernah berlaku dalam hidupku...

Ermmmm...pas ni aku nak buat cerita novel la pula,itupun kalau ada di antara pembaca yang menyokong niat aku ini... Kalau ada yang setuju,sila tinggalkan komen ye hee...

Monday, 16 September 2013

Hari-hariku yang sibuk

Sejak dua menjak ni aku semakin sibuk dengan kerja-kerja yang semakin bertimbun dari hari ke hari...
By the way,aku nk minta maaf kat korang sebab lama da tak update blog...Semuanya sebab Sibuk dengan kerja...

Friday, 2 August 2013

Persiapan raya 2013

Excited menantikan ketibaan syawal tahun ni... Banyak persiapan raya yang dah di siapkan... Baju raya pun sudah,kuih raya pun dah siap... Tapi tahun ni kitorang tak buat kuih raya,kami beli je... Rasanya tak sempat dah kalau nak buat kuih raya...

Tahun ni kitorang sibuk mengemas rumah,nak upgrade sikit keadaan dan suasana rumah hehe... Ha,sebab tu lah kitorang tak sempat buat kuih raya... Jawapanya,bli kuih jela... Selesai masalah hihi

Ramadhan yg ke15,kitorang dah mula mengemas rumah...
Yang perempuan ditugaskan untuk menghias bahagian dalaman rumah dan yg lelaki pula sibuk mengemas bahagian luar rumah...

Penat tu memang terasa jugakla,maklumla skrg ni kn bulan puasa...
Walau penat tu terasa sangat,tapi kami semua gembira... Gurau senda tetap ada...hiii

Tahun ni kitorang tukar cat kat bahagian dalam rumah... Warna pilihan adalah warna hijau sejuk dan jg warna hijau terang...

Seriously warna pilihan akak aku ni mmg cantik... Gabungan dua warna ni betul-betul menambah seri lagi dlm rumah...

Walaubagaimanapun,aku x dpt nak selitkan gambar-gambar kat dalam ni,couse ada masalah sikit... Tapi story aku lepas ni aku ada selitkan beberapa keping gambar... Semuanya berkaitan dengan hari lebaran iaitu HARI RAYA... Hee

Jangan lupa tunggu tau....

Otak Bisness

Kerja dengan goverment susah sangat mau dapat...Bermacam borang pekerjaan sudah di isi,tapi kerja goverment tetap susah untuk di capai...

Rasanya baik buat bisness kot.. Manala tau dengan berniaga boleh mendapat keuntungan kan... Otak ni dah terfikirkn tentang nak buka bisness...

Masalah sekarang,bisness apa yang mau di jalankan ni ye,emmm..
Survey punya survey,top dapat satu idea... Baik buka bisness menanam cendawan,boleh dapat untung banyak...

Cendawan Tiram adalah cendawan yang akan aku usahakan... Dengar-dengar bolh dpt untung banyak itupun kalau rajinlah kan...

Rakan kongsi pun dah ada,so tinggal nak cari tempat mau jalankn bisness ni saja lagi...

Perancangan pun kena rapi sebelum memulakan bisness ni...
Apa-apa pun,jangan putus asa sebelum berjaya... Cuba sebaik mungkin...

Nanti aku akan ceritakan lagi tentang bisness yang aku akan buat ni...

Wednesday, 27 March 2013

Kisah Sedih Tentang CINTA

Awak..
awak tau tak saya sayangkan awak?
awak tau tak saya sentiasa teringatkan awak?
awak tau tak yang saya cintakan awak?
awak tau tak yang saya betul-betul nak awak jadi milik saya?
awak tau tak yang saya betul-betul ingin membina mesjid untuk awak?

Awak...
awak ingat tak saat kita mula-mula kenal?
awak ingat tak yang awak selalu perhatikan saya?
awak ingat tak awak pernah hadiahkan sesuatu untuk saya?
awak ingat tak kita pernah terpisah seketika?

Awak...
kenapa awak degil?
kenapa awak tak nak dengar cakap saya?
kenapa awak tak pedulikan apa yang ingin saya sampaikan pada awak?

Hari tu kita keluar bersama,awak nampak cantik sangat waktu tu.. Saya pimpin tangan awak ketika kita jalan-jalan di pusat beli belah.. Hari tu memang hari yang sangat bahagia bagi saya sebab dapat bersama awak..
Kita berjalan bersama,makan bersama,menonton wayang bersama.. Setiap apa yang kita nak buat semuanya kita buat bersama..
Sepanjang hari tu kita tetap bersama sambil menghargai pertemuan kita itu.. Pertemuan yang dah kita rancang dengan rapi..

Awak,,,
awak kat mana ni?
awak,kenapa tak jawab telefon?
awak tak nak pedulikan saya ke?
awak nak tinggalkan saya ke?
awak tak rindukan saya ke?

Awak...
awak tahu tak saya sentiasa merindukan awak?
awak tahu tak saya sentiasa ingat kenangan indah yang pernah kita lakarkan dulu?
awak tahu tak saya tak pernah lupakan awak?
awak tahu tak saya sangat menghargai awak?

Awak...
saya harap awak tak kan lupakan saya walaupun sekarang ni awak dah hidup bahagia..
saya tumpang gembira bila melihat awak gembira..
saya akan selalu mendoakan kebahagiaan awak..
saya harap awak tak lupakan saya..

Awak...
Saya nak awak tahu,selama ni saya sentiasa ikhlas dan jujur terhadap awak.. Saya tak pernah membohongi awak.. Setiap kata yang keluar dari bibir saya ditemani dengan kejujuran sebab saya tak nak tipu awak.. Mungkin awak tak nampak kejujuran saya pada awak,tapi saya yakin awk juga merasai kejujuran yang telah saya taburkan pada awak selama ini..

Awak...
Mungkin awak tak nmapak apa yang saya buat di belakang awak,tapi saya boleh yakinkan awak yang saya hanya buat sesuatu yang betul,sesuatu yang tak bertentangan dengan apa yang saya janjikan pada awak...

Awak...
awak sayang saya tak?
kalau awak sayangkan saya,awak muncullah di depan saya...
saya sentiasa merindukan awak,walaupun mungkin awak tak merindukan saya lagi...
awak cepat-cepatlah muncul di depan saya ya,saya akan selalu tunggu awak sebab saya sayang awak selamanya.....................









Sunday, 3 February 2013

lokasi joging


Aku biasa juga joging bila ada masa terluang.. Aku biasa joging bersama-sama dengan cousin-cousin ku
yang lain.. Biasanya kami akan pergi berjoging di tempat yang biasa kami kunjungi..

Se awal jam 6.30 pagi lagi,kami dah bertolak ke lokasi tempat joging..
Ramai juga orang lain yang berkunjung kelokasi tempat berjoging ni.. Dari yang kecil sampailah orang dewasa.. Masing-masing bersenam dengan gaya masing-masing..hehehe

Jom layan gambar-gambar yang sempat aku klik kan








Thursday, 31 January 2013

Seteko Nescafe


Seteko Nescafe untuk lunch..


Huhu...terharunya.. Dari tadi sibuk buat kerja sampaikan tak sempat untuk pergi lunch..
Tapi akhirnya dapat juga lunch walau hanya dengan Seteko Necafe..
Lepas ni sambung buat kerja lagi...huhuhu

Thanks to break time....

Hanis Zalikha datang rumah

Sebut je nama Hanis Zalikha semua orang kenal.. Siapa tak kenal blogger terkenal
kat malaysia,satu malaysia dah kenal.. Dahlah jadi blogger yang terkenal,palakon muda pula tu..
Memang tak rugilah kalau dapat kenal dengan Hanis Zalikha ni.. Kalau korang suka baca blog
dia ni,memang korang kenal la Hanis Zalikha macam mana orangnaya.. Bagi aku dia ni seorang yang 
suka dengan kelainan dalam hidup dia dan of course lah dia ni seorang yang suka menulis kan..



Tapi apa yang aku nak ceritakan pada korang kali ni bukanlah ilusi semata-mata,
tapi memang cerita aku ni betul-betul belaka,bukan rekaan semata.. :)
Mesti ramai yang tak percaya dengan ceritaku ni,tapi korang kena percaya jugak..hehe

Kalau korang nak tau,blogger terkenal Hanis Zalikha pernah datang kat kampung  aku tau,
dia datang satu family.. Memang tak sangkalah yang dia akan datang kampung aku..
Ops,sebelum tu aku nak bagitau apa nama kampung tempat tinggal aku,nama
kampung yang ku diami ni adalah Kampung Benoni.. Terletak di negeri di bawah bayu (SABAH)

Sehari sebelum Hanis Zalikha datang kampung aku ni,cousin aku ada bagitau yang artis nak datang
rumah dia,tapi aku tak percaya,lagipun waktu tu aku langsung tak kenal dengan Hanis Zalikha ni..
Aku tak pernah nampak pun sebelum ni dia berlakon kat tv.. Maklumlah aku ni tak minat sangat
dengan dunia artis ni. hehe.. Kebetulan ke esokan hari memang aku cuti,so aku pun putuskan
untuk duk kat rumah sambil menantikan kedatangan artis yang cousin aku ceritakan tu..



Malam sebelum Hanis Zalikha datang tu,aku ada gak tanya mak aku tentang kedatangan
artis ke rumah cousinku esok,mak aku cakap memang betul artis nak datang sini.. Tapi aku masih juga tak percaya,sangat sukar bagiku untuk percaya kata-kata cousinku tu.. Tapi aku buat persediaan lah juga,kot-kot betul artis nak datang,dapat gak tangkap gambar bersama-sama sebagai kenangan.. hehehe

Pada kesokannya aku bangun awal untuk bersiap.. Aku tengok mak aku dah sibuk memasak hidangan yang sedap-sedap.. Bila aku tanya,dia cakap semua hidangan ni khas untuk menjamu artis yang nak datang tu..
Tersengih juga aku dengar kata-kata mak aku waktu tu.. Tapi apa yang aku perasan,makcik aku yang sebelah rumah pun masak hidangan yang special.. Macam betul je lakonan mak aku dan makcik aku ni..
Sempat juga mak aku cakap yang artis tu akan tiba dalam jam 2 petang.. So aku pun apa lagi,teruslah
capai tuala untuk pergi mandi dan bersiap.. Walaupun tak percaya,tetap juga bersiap..hihihi

Terkejut dan terkejut sangat ketika blogger terkenal Hanis Zalikha betul-betul berdiri kat depan mata
aku.. Mula-mula aku tak kenal mana satu Hanis Zalikha ni,cousin aku yang kenalkan mana satu
Hanis Zalikha.. Orang dia tinggi,berkulit putih dan mempunyai raut wajah yang ayu dan manis..
Dan yang paling aku respect,dia ni jenis yang tak sombong walaupun bergelar artis..
Terpegun juga aku seketika ketika dia senyum,memang menawan senyumannya.. Tak hairanlah kalau
dia ni ramai peminat..



Lepas kitorang lunch bersama-sama,kitorang pun ambil peluang untuk bergambar dengan
Hanis Zalikha.. Dia ok je waktu kami nak bergambar dengan dia,memang dia ni
jenis yang sporting.. Kitorang tak lepaskan peluang bergambar bersama-sama dengan dia..
Maklumlah,bukan selalu artis datang sendiri ke kediaman kita kan,tambah-tambah lagi
artis terkenal.. Sebenarnya cousin perempuan ku yang jemput dia datang kat rumah dia,kebetulan
waktu tu keluarga Hanis sedang bercuti di sabah.. Tapi tak
sangka pula Hanis Zalikha dengan keluarga dia betul-betul datang kan.. Macam mimpi pula..
hihihi

Selepas puas bergambar,dorang satu keluarga pun meminta diri untuk balik ke hotel cause
hari pun dah senja.. Lagipun dorang mesti letih cause tak sempat rehat lama..
Apa-apa pun,aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasihlah pada Hanis Zalikha sekeluarga cause sudi datang ke sabah seterusnya sudi singgah kat kampung kitorang KG BENONI..
Kitorang semua tak kan lupakan kenangan yang indah ni.. Kalau datang sabah lagi,
jemput lah datang ke kampung kami lagi ye.. :)
Thanks ya Hanis.. :)

JOM LAYAN GAMBAR YANG SEMPAT AKU POTRETKAN










Hanis Zalikha & Yaya (Boboboi)





Beberapa minit sebelum berangkat pulang ke hotel






Bye Hanis Zalikha...Jumpa lagi....
Thanks for coming....

Wednesday, 30 January 2013

best friend


Hari ni genaplah sudah beberapa bulan aku menyibukkan diri semata-mata mahu melupakan masalah yang kian merunsingkan kotak fikiranku.. Sering kali terbayang perkara-perkara yang berlaku di tahun 2012.. Kadang-kadang aku jadi keliru juga dengan diri sendiri kenapa harus menjadikan hidup ini semakin rumit sedangkan hidup kita ini tidaklah serumit yang kita sangkakan.. Masalah boleh diselesaikan jika kita berfikiran terbuka dan berserah kepada takdir.. Tapi jangan sampai hidup kita ini kehilangan seri dan kegembiraan yang selama ini menemani hidup kita yang fana ini hanya disebabkan kita bergantung kepada takdir tanpa usaha yang lebih..

Sebenarnya apa yang aku nak kongsikan dengan korang dalam blog aku kali ni berkaitan dengan hal peribadi aku.. Tapi tak lah peribadi sangat couse dot.dot.dot.. hehehe..
Tengah aku termenung sambil memetik tali gitar,tiba-tiba fikiranku di serbu oleh kenangan lama sewaktu aku berada di sebuah institut tempat aku belajar.. 

Nana mariana,satu nama yang mungkin tak kan hilang dari ingatan.. Dia merupakan satu-satunya kawan perempuan aku yang paling baik,caring dan mampu menghiburkan hati walaupun waktu itu aku berada dalam kesedihan.. Orangnya manis,bertahi lalat di dagu sebelah kiri.. Walaupun hanya berbadan kecil,tapi mampu membuat orang lain gelak dengan setiap perkataan yang keluar dari bibir kecilnya itu..

Terdetik dihati kecilku untuk menghubunginya,bertanyakan khabar tentang dirinya..
Malamnya aku cuba kontek dia,nada dering yang berbunyi tuut tuut tuut berkumandang di corong speaker telefon pintar milikku.. Panggilanku tak berjawab,sebaliknya hanya operator yang tolong jawabkan.. Aku cuba kali kedua dan kali ini terdengar suara kecil menyebut perkataan HELLO..
Dari suara aku kenal sangat walaupun ada sedikit serak.. Ya,memang pemilik suara itu adalah Nana Mariana..

Memang tidak aku sangka dia masih ingat akan aku.. Malam tu kami borak lama juga,masing-masing bercerita tentang hal masing-masing..Gelak tawa kitorang mula memecah kesunyian malam yang semakin larut di telan cahaya bulan yang terang,mungkin malam tu bulan penuh sangat tanpa disedari kitorang..

Borak punya borak,tiba-tiba telefon pintarku mengeluarkan bunyi yang boleh tahan anehnya,bunyi yang tidak suka aku dengar.. Bunyi tu menandakan yang PREPAID aku dah nak habis...hahaha..
Aku cepat-cepat meminta diri untuk tidur walaupun sebenarnya PREPAID aku dah nak habis..hehehe
Nak cakap kat dia rasa malu pula,so terpaksalah cakap yang mata ni dah mengantuk sangat...hehehe..

Buat Nana Mariana,thanks couse kau tak pernah lupakan kawan kau yang suatu ketika dulu pernah tak menghubungi kau untuk satu tempoh yang lama...



Tuesday, 15 January 2013

jika TV tak wujud

Pernah korang bayangkan tak jika sekiranya TV tak wujud  dalam dunia manusia ni?
Apalah yang akan terjadi ye kalau sekiranya tv tak wujud? Kalau zaman dulu tak payah ceretalah,memang orang dulu-dulu takde benda yang di panggil tv ni,tak wujud langsung.. Hari-hari tengok muka yang sama ja..hehehe.. Kalau tak muka manusia,muka binatang yang dorang dok menghadap,maklumlah binatang tu kan haiwan buruan untuk dimakan,so kenalah tengok hari-hari kan.. Kalau takde binatang,tak merasalah orang dulu-dulu nak makan daging yang sedap.. Di sini aku akan sertakan pendapat
aku jika sekiranya tv tak wujud : 

TV zaman 60an

Yang pertama,aku rasalah kan,mesti hari-hari yang kita lalui tak berapa ada hiburan berbanding
adanya tv.. Ialah,kalau ada tv banyak hiburan yang kita boleh tonton sperti,sukan,berita,senetron,
dan macam-macam lagilah.. Yang budak-budak pula of course lah cartoon jadi pilihan untuk tontonan dorang kan.. Tapi ada jugakla pangkat orang dewasa yang suka tengok cartoon termasuklah aku..hehe.. tapi  bukan semua cartoon lah aku minat, cereta Crayon Shin Chan ja yang aku minat sangat tengok cause cerita Crayon Shin Chan ni best,mampu buat kita pecah perut dengan aksi-aksi yang melucukan.. :) 

Yang kedua,mesti semua manusia di dunia ni jadi semakin rajin.. Mana taknya,kalau dok kat rumah sudah tentulah boring coz takde apa yang nak di buat kan.. Balik-balik tengok kipas berpusing jalah.. Bagi yang kuat makan tu,tak kira waktu,makan jalah kerja dia kan..hehe.. So daripada dok diam kat ruma,
baik buat kerja kan,tak kira lah kerja apa sekalipun yang penting ada benda yang dibuat untuk mengisi
masa lapang.. Yang perempuan sudah tentu akan buat kerja perempuan seperti mengemas rumah,cuci
baju,cuci pinggan dan masak.. Ha rajinlah tu..hehe.. Yang lelaki pula susah nak cakaplah coz lelaki ni
memang ada malas sikit nak buat kerja,kalau boleh nak duduk goyang kaki ja kat rumah,betulkan?hehe
Tapi tak semualah wa cakap sama lu,cause ada ramai lagi lelaki yang rajin buat kerja yang berfaedah
dari duduk diam-diam kat rumah.. Pendek kata lebih ramai lelaki yang rajin daripada yang malas.. :)

TV awal 70an

Yang ketiga,apapun yang berlaku kat dunia ni lambat untuk kita ketahui.. Kalau ada tv kat ruma,kita tak perlu nak kesana kemari semata-mata nak mendapatkan berita penting yang semua orang perlu tahu..
Memang surat khabar boleh menjadi sumber berita untuk kita,tapi untuk mendapatkan
surat khabar perlukan duit.. Setiap hari kita kena beli semata-mata nak mendaptkan
berita terbaru dan terhangat.. Lagipun memerlukan pelaburan setiap hari (bayaran tu kira pelaburamnlah tu cause melibatkan pengeluaran duit untuk setiap hari).. Kalau ada tv,kita tak perlu nak beli
surat khabar hari-hari,just stay kat ruma dan tunggu waktu berita akan disiarkan.. Senangkan.. :)

Yang keempat,rasanya pembangunan dalam sesebuah negara tu akan jadi lembab kot.. Hal ni disebabkan oleh perniagaan dalam sebuah negara tu kurang berkembang kerana mungkin ramai yang tak tahu akan wujudnya perniagaan yang menjual barang-barang yang memberikan sumbangan besar dalam ekonomi negara dan sudah pasti kita akan susah untuk membezakan antara barangan  yang berkualiti dengan barangan yang tak berkualiti.. Kalau ada tv,ada ditayangkan tentang bagaimana nak mengetahui antara berangan yang berkualiti dengan barangan yang tak  berkualiti..

Dan yang kelima,aku rasalah kan mesti perbelanjaan dalam kehidupan kita ini berkurangan berbanding adanya tv.. Kalau ada tv sudah pastilah akan menyumbang kepada peningkatan dalam penggunaan elektrik,betulkan..hehe.. Contohnya macam sekarang ni,setiap hari kita tengok tv kan.. Dalam sehari kita akan tengok berjam-jam lamanya,kadang-kadang hampir sehari suntuk kita asyik tengok tayangan yang ditayangkan di tv.. Bila dah kita asyik dok tengok tv berjam-jam lamanya sudah pasti bil elektrik pun turut melambung,perbelanjaan bulanan kita pun ikut melambung macam 'Mael Lambung' (zizan raja lawak) hehehe

TV zaman IT sekarang

Sebelum aku chow cincau,aku nak jawab persoalan yang timbul dalam fikiran korang selepas korang
baca story aku ni.. Aku tau korang mesti terfikir macam ni kan "apalah,kan Komputer ada,semua
maklumat yang kita nak boleh didapati dengan melayari internet.. connect ja internet kat komputer
dan semua maklumat kita boleh dapat disitu".. Betulkan korang akan terfikir macam tu,jangan
tipulah..hehehe.. Tapi korang kena ingat jugalah,kalau takde tv,takkan ada komputer cause komputer
datangnya sumber dari idea mencipta tv,so kalau takde tv maknanya tak adalah ilham untuk mencipta komputer.. Komputer kan adik kepada tv.. Dan silap haribulan,handphone dan I-pad pun
tak kan wujud tau.. :)





Saturday, 12 January 2013

Kanser Payudara (Breast Cancer)


Kanser payudara merupakan salah satu kanser yang sangat berbahaya bagi kaum wanita..
Kanser payudara merupakan antara penyumbang kematian terbanyak bagi kaum wanita..
Kanser payudara merupakan sejenis ketumbuhan malignan.. Ianya terjadi hasil daripada tindakan sel yang bermula daripada payudara seterusnya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi jumlah keperluan organ dan seterusnya akan menyerang organ serta tisu-tisu yang berdekatan..
Se-sel barah kanser ini mampu untuk membebaskan dirinya dari ketumbuhan induk seterusnya akan memasuki saluran darah manusia juga akan memasuki sistem limfa.. Ini juga merupakan cara penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain..


malaysiasensasi.net

Faktor penyumbang kepada kanser payudara

  • peningkatan usia
  • mendapat kanser pada sebelah payudara
  • ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
  • datang haid awal sebelum usia 12tahun 
  • putus haid selepas lewat umur 50tahun
  • terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi lemak haiwan yang berlebihan
  • tak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pada umur yang melebihi 30tahun

americanrt.org
Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti Kanser payudara


  • terdapat ruam di bahagian puting payudara
  • puting payudara tertarik ke dalam
  • puting payudara berdarah
  • lelehan keluar dari puting payudara mengandungi darah dan datang secara tiba-tiba tanpa sebarang rangsangan
  • benjolan terdapat pada payudara atau ketiak
  • lekuk atau kerutan yang luarbiasa pada payudara
  • perubahan saiz dan bentuk yang luar biasa pada payudara

cafemlm.com

Cara mencegah Kanser Payudara
  • berhenti merokok bagi yang merokok
  • berhenti minum minuman yang mengandungi alkohol
  • mengambil berat sejarah kenser payudara dalam keluarga
  • melakukan senaman selalu
  • jaga berat badan
  • kenali coli anda (saiz dan keselesaan)
  • periksa payudara anda setiap bulan
  • berkeluarga awal jika perlu
  • jalani ujian memmogram pada setiap tahun
  • mengamalkan penyusuan awal bagi wanita yang ada anak
  • pengambilan makanan segar yang mengandungi nutrien dan bahan kimia yang boleh mencegah kanser
  • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Jika anda sayangkan nyawa anda,sayangkan diri anda dan sayangkan orang yang menyayangi anda,berusahalah untuk menjadi lebih sihat dan beringatlah sebelum terlambat.


cancertrialshelp.org



Thursday, 10 January 2013

"nasi ayam pedas"

Destinasi 'makan-makan' ku kali ini ialah disebuah restoran yang terletak diarea Papar Kota Kinabalu Sabah... Restoran ini agak terkenal juga dikalangan pengunjung setia restoran ini.. Harga setiap makanan yang disediakan memang cukup berpatutan dan bersesuaian dengan hidangan yang disediakan..
Memang tak rugilah kalau korang datang makan kat sini,banyak jenis makanan yang korang boleh pilih,semuanya 'sodap-sodap'... Sup dia perghh memang lain dari lain,korang boleh datang dan rasa sendiri,memang terbaiklah...

Orang cakap nasi ayam kat restoran yang aku ceritakan ni,sedap.. So aku pun singgahlah makan dan aku pun orderlah 'nasi ayam pedas'.. Dari pandangan mata aku,nampak simple je,lebih kurang sama juga dengan nasi ayam yang ada direstoran-restoran lain dan aku fikir rasa dia pun sama gak dengan nasi ayam yang lain..


 So simple kan..

Bila je nasi ayam yang aku pesan ada depan mata aku,aku perasan memang ada kelainan yang cukup ketara.. Tapi aku tak kisah sangat,cause aku lebih tertarik untuk merasa hidangan yang ada didepan mataku sekarang.. Nasi dia nampak agak berminyak sedikit dan berwarna kuning yang agak pudar.. Ayam dia pula disaluti dengan campuran cili yang dibuat sendiri.. Aku cakap cili dia dibuat sendiri bukan sebab aku tahu sangat,tapi dari pandangan mata kita boleh nampak yang cili tu memang fresh bukan cili yang sudah diproses di kilang dan dipek kan.. Cili dia memang agak pedas juga sesuai dengan nama hidangan
'nasi ayam pedas'.. :-) Ayam dia pula rangup dan agak lembut isinya,memang sedap..

Yang paling buat aku kagum adalah rasa nasi dia.. Nasi dia memang sedap wa cakap sama lu.. Swear aku tak tipu korang,rasa dia memang lain.. Aku selalu juga makan nasi ayam,tapi aku tak pernah rasa nasi ayam yang sangat sedap (maksud aku nasi dia).. Apa yang aku dapat rasa,nasi dia dimasak dengan menggunakan marjerin dan beberapa cempuran yang lain.. Campuran yang lain tu aku tak dapat nak pastikan,susah nak agak.. Tapi memang rasa nasi dia sedap.. hehe


Aku makan dulu ye..lain kali aku cerita lagi ye..hewhew

Sebelum terlupa,nama restoran tempat aku makan ni adalah "Restoran Dapur Ibunda"..Restoran ni terletak berdekatan dengan stesen minyak petronas Papar,tapi taklah dekat sangat.. Kalau susah sangat,korang tanya je pekerja-pekerja stesen minyak tu,selesai masalah..hehe


Tuesday, 8 January 2013

Daging masak hitam

Daging masak hitam merupakan makanan kegemaranku sejak dari kecil hinggalah dah meningkat remaja..
Bagi aku rasa daging masak kicap ni sangat unik dan sedap.. Itulah sebabanya mak aku suka masak daging masak kicap untuk aku..hehe

Kali ini aku nak cerita pengalaman aku makan daging masak hitam yang mak aku buat sendiri khas untuk aku,cause aku yang minta supaya mak aku masakkan makanan kegemaran aku ni..
Awal pagi lagi kitorang dah pergi kepasar untuk membeli bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak daging masak hitam.. Mak aku memang suka sangat dalam bab masak memasak ni.. Banyak jugalah masakan yang mak aku teror buat.. Macam-macam jenis masakanlah,kalau aku nak cerita satu-satu sampai besuk lusa pun takkan habis.. Banyak sangat tu..hehe

Sampai ja kitorang kat pasar,kitorang terus beli  bahan-bahan yang akan mak aku gunakan untuk memasak daging masak hitam yang sedap..hehehe.. Aku ikut kat belakang mak aku,perananku ialah sebagai kaddam angkat barang tuk mak aku ja.. Ialah,aku ni manalah reti nak beli bahan-bahan yang mak aku nak,so jadi tukang angkat barang untuk mak aku jalah,lagi senang,hehe..

Antara bahan-bahan yang mak aku gunakan untuk memasak daging masak hitam ni adalah :

  1. Daging sekilo
  2. Kicap pekat 
  3. Kerisik kelapa
  4. Kismis
  5. Serai
  6. Halia
  7. Lada kering (yang sudah dikisar)
  8. Beberapa ulas bawang putih
  9. Beberapa ulas bawang merah
  10. Asam jawa sebesar ibu jari
  11. Garam secukup rasa
  12. Sedikit perasa
  13. Kayu manis
  14. Pulaga
  15. Bunga lawang
  16. Bunga cengkih
Bahan kisar

  1. Serai dan halia
  2. Bawang merah dan bawang putih
  3. Lada kering
  4. Kismis
P/s : Semua bahan kisar di atas perlu dikisar bersama-sama..

Cara membuat :

Potong daging mengikut kesukaan anda,cuci dengan air sehingga bersih dan kemudian toskan..
Panaskan kuali dan bubuh minyak apabila kuali sudah panas.. Kemudian masukkan pulaga,kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.. Kemudian masukkan bahan kisar.. Gual rata sehingga naik bau..

Apabila bahan goreng sudah sebati,masukkan daging dan gaul rata sahingga mendidih.. Kemudian masukkan air.. Apabila daging tersebut hampir masak,masukkan pula kicap dan kerisik kelapa..
Kemudian masukkan garam,perasa dan asam jawa.. Biarkan daging tersebut seketika sehingga masak.. Apabila daging tadi sudah masak,angkat daging tersebut.. Hias mengikut citarasa anda dan bolehlah dihidangkan..

Ha,korang cubalah resipi turun temurun mak aku ni,gerenti korang puas hati.. Rasa dia memang sedap..
Tapi kalu nak lebih sedap lagi,kena tengok juga dari cara korang memasak,jangn sampai ada bahan-bahan yang kurang atau terlebih,nanti lain pula rasa masakan daging masak hitam korang tu..hehe

Banyak lagi resipi lain yang bakal kusajikan buat pembaca blog ku ni,tapi bukan sekaranglah.. Kalau nak tahu resipi lain,kenalah teruskan baca dan juga follow blog aku ni cause banyak lagi resipi-resipi yang sedap-sedap belaka..hehehe..

Ha,daging masak hitam yang mak aku buat ni pun dah masak,perut aku pun dah lapar,so aku nak makan dululah ye.. Bergoyang-goyang dah perut aku ni minta di isi..hehe..

Ops,maaf ye cause tak ada gambar untuk aku tunjukkan kat korang.. Lagipun mak aku masak simple je,tak ada hiasan..hehe





Monday, 7 January 2013

Pantai & Ombak

Dah lama tak pergi pantai sejak beberapa tahun ni,syik sibuk dengan kerja
yang tak pernah nak selesai..
Aku memutuskan untuk merehatkan diri dan menghilangkn rasa
letih dek kerja yang sememangnya meletihkan..

Destinasi pilihanku kali ini adalah di suatu kawasan yang mampu mendamaikan
jiwa ini..cewah,jiwanglah pulak..hehehe
Pasir dan Air Laut adalah pilihan destinasiku kali ini.. Pantai kinarut di mana terletak
berhampiran dengan kediaman pakcik ku Ag Tajudin dan panggilan manjanya pula ialah
'Kayah'.. Aku pun tak taulah dari mana dia dapat nama kayah ni,ahh lantak dialah..
he..
Kira-kira jam 12tgh hari aku dan cousin-cousinku bertolak dari rumah
ke kawasan pantai berhampiran rumah pakcik ku itu.. Lokasi Pantai Kinarut tu taklah
jauh sangat,hanya mengambil masa kurang dari satu jam untuk sampai..
Perasaan tak sabar tu memang dah menguasai diri,maklumlah dah lama tak berpijak di atas
pasir yang putih dan lembut.. :-)

Setibanya disana,kitorang tak terus pergi ke pantai sebaliknya kitorang singgah menjengukkan
muka di rumah pakcik ku yang memang dari tadi menanti kedatangan kitorang,maklumlah
anak buah kesayanganlah katakan (konon) hehehe.. Pakcik ku menanti kitorang dengan
senyuman manis yang terukir dibibirnya.. Dari raut wajahnya tersimpan satu perasaan yang
cukup ku fahami iaitu perasaan gembira menemui anak buahnya yang memang sentiasa
riang ria macam kanak-kanak riang..hehe.. Bezanya kitorang ni bukan kanak-kanak
lagi,dah remaja dan dah ada yang bergelar umi dan daddy..hehe

Dirumah pakcik ku itu,kitorang bercerita bermacam-macam story,
semuanya story yang menggelikan hati kitorang.. :-)
Sesekali aku pergi menyakat cousinku anak kepada pakcik ku..
Best tau menyakat cousinku ini,dia tak pandai marah.. Kalau marahpun
marah-marah manja ja tu.. :-) Pakcik ku ni juga ada memiliki sebuah butik pakaian.. Dan semua
barangan yang dijual dibutik miliknya tu bagi aku sangatlah berkualiti sesuai dengan harganya..
Bagi aku,pakaian yang dijual dibutik pakcik ku tu lebih murah jika dibandingkan dengan harga di buti-butik lain.. korang boleh bandingkanya sendiri..
Bermacam-macam pakaian yang dijual,tudung,baju perempuan,baju lelaki,beg
tangan perempuan,dompet untuk lelaki,produk-produk kesihatan pun ada
dijual di butik dia ni tau.. kalau korang ada masa,korang datanglah berkunjung ke butik
pakcik ku ni,dan kalau dah singgah berkunjung tu,jgnla lupa beli satu dua barangan
yang dijual di sana ye..hehe
Ops,hampir terlupa dah nak bagitau nama butik pakcik ku tu..
Ha,nama butik pakcik ku itu ialah 'Sheerah Collection', terletak di kompleks beli belah ONE PLACE MALL di aras dua ye,Putatan...
Sempat juga pakcik ku mempromosikan tudung yang terbaru kat kitorang..
Yang perempuan memang berminat sangatlah,ada yang membeli sampai tiga pasang
tudung.. Kitorang yang lelaki ni hanya dok tersenyum simpul jala dan ada jugalah yang
tersengih macam kerang busuk..hehe
Iyalahkan,takkanlah kitorang pun nak berebut-rebut tengok tudung perempuan kan,
kitorang kan lelaki,malu lah beb...hehehe

Setelah puas bersembang,aku mengangkat punggung untuk pergi
kedapur.. Didapur,cousin-cousin perempuanku sibuk menyediakan
makanan sebagai santapan tengah hari kitorang Ada juga sorang cousin lelakiku
sibuk membantu didapur,tak taulah dia bantu sediakan makanan ataupun bantu memakan
makanan,lantak dialah.. :-) Bermacam-macam hidangan
yang disediakan,semuanya sedap-sedap belaka.. nyum nyum,terasa berkeroncong
pula perut ni..hihihi.. Sempat juga aku membantu dorang menyedikan makanan
dan juga menyakat dorang serta membantu memakan hidangan yang
dorang sediakan tu hinggakan dorang marah-marah manja kat aku.. hihi
Tapi aku tak hiraukan semua tu yang penting kitorang semua happy.. :-)


Selesai saja makan dan berehat,kitorang pergi ke pantai bersama-sama dengan pakcik dan
anaknya sekali.. Pantai tu taklah jauh sangat dengan kediaman pakcik ku tu,hanya
beberapa minit berjalan kaki je dah boleh sampai.. Tapi kitorang naik kereta jugalah untuk pergi
ke pantai cause kitorang terus balik lepas berlari-lari berkejaran ditepi pantai nanti..hehe

Sampai je kat tepi pantai,kitorang terus buat possing maut,untuk bergambar kenangan..
Aku pun sibuk jugalah mengambil gambar,macam-macam gambar gelagat cousin-cousin ku
yang sempat ku tangkap menggunakan telefon pintar yang kumiliki.. Memang bestlah
ketika tu.. Ramai juga orang yang datang berkunjung ke pantai waktu tu..

Jom layan nengok gambar-gambar di bawah ni ye...




Ha,ini gambar yang cousin aku ambil secara curi-curi.. verry funny... hihi


Ha,yang ni gambar cousin dan anak buah aku,dorang tengah buat apa aku tak
tau.. Tengah cari keranglah kot...hehe


Satu,dua lompat...hahaha,tak menjadi daaaa...hihi


Yang inilah pakcik ku yang tinggal berdekatan dengan pantai..
Dia pun tengah kusyuk nmpaknya bermain pasir..hehe





Sempat juga menangkap gambar-gambar pelik yang ada di tepi pantai.. :-)


Wah,tiga jejaka ni nampaknya betul-betul menikmati
keindahan pantai..hihi

Suasan ditepi pantai pada waktu tu betul-betul indah.. Kitorang dok sana hingga senja
melabuhkan tirainya.. Satu pengalaman dan kenangan yang indah dan takkan kulupakan..


Selepas kitorang puas menikmati keindahan matahari yang terbenam,
kitorang pun berlalu pergi untuK pulang.. Lain kali kitorang pasti akan datang
ke sini lagi.. :-)
  






Saturday, 5 January 2013

"Sesuatu yang hilang"

Aku terjaga dari tidur ketika sinaran matahari menyapa lembut pipiku..
 Mataku terasa silau ketika pancaran matahari mengenai mataku..
Ku redupkan mataku agar mata hitamku terlindung dari sinaran matahari yang terang...
Aku bangkit dari teratakku dan mula mengatur langkah menuju keberanda rumahku..
Di beranda,renunganku tertumpu kepada pamandangan yang ada di depan mataku sekarang..
Sungguh indah,sungguh nyaman udara segar kampung halamanku..
Kuhirup udara pagi yang dingin dan ku hembus perlahan-lahan..
Dengan udara inilah aku bernafas dan hidup dalam kedamaian..
Ketenangan mula kurasakan meresap ke dalam hati..
Pandanganku beralih pada ampaian yang ada dihalaman rumahku..
Berwarna-warni baju yang sudah tersidai diampaian,pasti ibuku sudah selesai mencuci kain..
Tersenyumku sendirian ketika melihat tiga helai baju yang berada diampaian..
Baju itu adalah hadiah dari seseorang yang sangat penting bagiku..
Ku alihkan pandanganku ke tempat lain sambil menikmati keajaiban dunia ciptaan'nya'..
Sungguh indah dan penuh misteri ciptaan'nya' ini..
Seorang manusia takkan mampu menandingi ciptaan'nya'..
Kotak fikiranku tiba-tiba dikunjungi satu perasaan yang tidak ku fahami..
Aku merasakan 'sesuatu yang hilang',sesuatu yang sangat berharga,sesuatu yang tak mungkin dapat kulupakan..
Tapi apakah itu? Aku tidak faham dengan apa yang terjadi padaku sekarang..
Aku jadi bingung,runsing dengan apa yang terjadi pada diriku..
Kenapa aku mesti merasakan perasaan ini,perasaan kehilangan?apa yang hilang?
Dengan tenang,aku menutup mataku dan berusaha menenangkan fikiranku..
Dengan susah payah aku cuba untuk mengingati apa yang hilang dalam hidupku..
Namun usahaku itu hampa dan aku semakin keliru dengan perasaan ku sekarang..
Kenapa semua ini harus terjadi?apa yang harus aku buat agar perasaan kehilangan ini hilang dari kotak fikiranku?

Semakin aku cuba melupakan perasaan yang menggangguku ini,semakin otakku ligat memikirkannya.. Ahhhh,aku semakin gelisah.. Hatiku meronta ingin tahu 'sesuatu yang hilang' dalam hidupku ini.. Apakah yang sebenarnya berlaku?
 Kenapa persoalan ini harus timbul ketika aku diulit kebahagiaan?
Apa salahku hinggakan aku terpaksa megusutkan fikiranku mencari jawapan kepada
 'sesuatu yang hilang'?

Aku termenung sendirian memandang jauh kelangit mengharapkan jawapan datang menyapa kotak fikiranku seterusnya menghuraikan persoalan yang bermain di kotak fikiranku ini..
Namun semuanya sangat menghampakan.. Aku masih tak dapat menemui jawapan kepada persoalan yang timbul mengganggu fikiranku sejak dari tadi..

Tiba-tiba hatiku terdetik untuk melihat semula ampaian yang tadinya membuatku tersenyum dan kemudiannya memberikanku satu perasaan yang kurang enak,perasaan kehilangan sesuatu yang berharga,sesuatu yang tak ternilai..
Apakah yang hilang sebenarnya? Kenapa aku tak menemui jawapan kepada 'sesuatu yang hilang' itu?

Kutatap setiap helai baju yang tersidai di ampaian itu dan berharap aku dapat menemui satu jawapan yang mampu menghilangkan kekusutan di kotak fikiranku ini..
Setiap helai baju yang ku tatap mempunyai kenangan yang tersendiri..
Kenangan yang tak akan mungkin dapat kulupakan sepanjang hayatku...

Aku tersenyum sendirian ketika jawapan kepada 'sesuatu yang hilang' datang secara tiba-tiba..
Ya,memang aku telah kehilangan sesuatu yang bermakna,sesuatu yang sangat berharga dalam hidupku..

'Sesuatu yang hilang' itulah yang mengajarku untuk menghargai orang yang berada disekelilingku..
'Sesuatu yang hilang' itulah juga yang mengajarku untuk lebih menghargai hidupku yang singkat ini..
'Sesuatu yang hilang' itu jugalah yang menyedarkanku betapa besarnya kekuasaan maha pencipta..
'Sesuatu yang hilang' itu jugalah yang mengajarku erti kebahagiaan dalam hidup..
'Sesuatu yang hilang' itu telah mengajarku untuk lebih tabah mengahadapi cabaran hidup..

Tapi kini hanya tinggal kenangan.. 'Sesuatu yang hilang'  itu telah pergi meninggalkanku..
Dia pergi tanpa pesanan,tanpa kata dan tanpa berita.. Tinggallah aku hidup keseorangan
bertemankan kesunyiaan..

Terima kasih ku ucapakan padamu dan aku takkan lupakan kenangan yang telah singgah dalam hidupku...
Terima kasih 'Sesuatu yang hilang'.


Thursday, 3 January 2013

Birthday Party

 
Adik Syafika dan Adik Zara adalah nama timangan bagi kedu-dua anak buah ku.. Dua-dua pun memiliki kekiutan masing-masing (amboi)... Kedua-dua anak buah ku ini meraikan birthday dorang bersama-sama.. (so sweet)
 
Majlis birthday ni dibuat di rumah pemilik blog Coretan dalam Belog.. Ramai gak saudara mara yang datang meraikan bersama-sama.. Masing-masing dengan gaya tersendiri,,hehehe
Aku datang awal masa tu,ialah nak merakamkan detik-detik gembiralah katakan..kehkehkeh
Terpancar diwajah kedua-dua birthday girl kegembiraan dan dah memang pasti dorang tak sabar nak potong dan merasa kek masing-masing..hewhewhew

Finally,saat yang dinantikan pun tiba.. Acara memotong kek pun bermula (dah macam majlis kahwin pula,hehehe).. Si kecil yang dari tadi menantikan saat ni tiba mula mengukir senyuman..(malulah tu.. kehkehkeh)


Actually,si ibu yang tersenyum-senyum,bukan si anak..kahkahkah



Emmmm,nampak sedap kek tu kan.. Aku sendiri pun tak sabar nak menjamah kek tu...
nyum nyum nyum..

 
 
Dalam gambar ni memang nampak tak ramai orang,tapi sebenarnya ramai tau..
Yang lain tu ada tengah dok kat luar menikmati suasana senja..
 
Of course lah kek ni sedap,cause kek ni tempah khas dari dot.dot.dot.. haha,takleh bagitau..hehehe
Aku makan hingga kenyang,mana taknya dari tadi sangaja tak makan semata-mata nak raikan majlis birthday girl nilah... :-)