Friday, 28 December 2012

sambal oh sambal

Sambal,merupakan salah satu makanan yang
popular dikalangan rakyat malaysia
malahan juga turut popular dikalangan
pelancong-pelancong yang datang berkunjung ke negara
kita..

Sambal juga sangat popular di kampung-kampung tak
kisahlah kampung mana sekalipun asalkan namanya
kampung kerana sambal ni memang berasal dari kampung
hehehe
'Asal Dari Kampung' kata kumpulan KECIK (raja lawak) :-)

Bermacam jenis sambal yang memang kita ketahui
dan rasanya memanglah sedap dan sukar untuk kita
bayangkan,,sedap hingga menjilat jari..he

Keaslian buatan dan rasanya mampu membuat
kita teruja selepas merasanya..
Ada sesetengah penggemarnya sanggup menjelajah ke
kampung-kampung semata-mata mahu merasa
dan belajar membuat sambal.. Tak kira apa jenis sambal
sekalipun asalkan namanya sambal..hehe

Kalau korang nak tau,aku ni pun sebenarnya
merupakan peminat setia dalam masakan sambal ni..
Tak kisahlah apa jenis sambal sekalipun,
kalau diberikan peluang aku pasti ingin merasanya..

Salah satu sambal yang aku minat sangat makan
adalah sambal yang diberi nama 'sambal lada belacan'
atau lebih dikenali sebagai 'sambal cili belacan'.. :-)
Sambal ni bagi aku memang sedap dimakan
bersama-sama dengan sayur timun dan juga
sayur peria...haa,sedap hingga menjilat jari..hehe

Tadaaa!!!

Ha inilah sambal yang aku maksudkan tu
'sambal lada belacan'..hehe
macam mana,nampak sedapkan..tapi memang
betul pun rasa sambal ni sedap dan unik rasanya
tambah-tambah lagi kalau si pembuatnya tu memang
terror buat sambal jenis ni.. :-)



Ha,inilah si pembuat sambal yang aku ceritakan tadi..



Wajah-wajah ceria yang tak sabar menanti 'sambal lada belacan'
siap dihidangkan..

Nantikan ceritaku yang seterusnya dalam blogku
Aku,Travel & dot.dot.dot

No comments:

Post a Comment