Tenom,salah satu tempat yang agak menarik juga untuk
dikunjungi..
Baru-baru ni aku telah pergi ke satu daerah yang diberi nama
'Tenom' salah satu tempat yang mempunyai sejarah
di mana terdapatnya sebuah lagenda pada zaman dahulu
dan di sini jugalah terdapat seorang pahlawan yang
bernama 'pahlawan antanom'..
Sehari sebelum bertolak,telefon pintarku berbunyi
menandakan ada SMS yang masuk.. Dengan rasa malas
aku mencapai telefon pintarku di atas meja ruangtamu..
Butang yang memaparkan perkataan 'read' ku tekan dan
terpampangla diskrin telefon pintarku sebaris ayat yang berbunyi
'esok jalan kita pergi Tenom,bermalam disana satu malam'..
Dengan perasaan gembira aku lantas bangun dan terus naik
ketingkat atas rumahku.. Aku menyediakan baju-baju yang
akan ku bawa esok..
Baju dah pun kusediakan dan aku mula mencari beg
tempat untuk ku menyimpan baju..
Penik apabila beg yang ku cari tidak ku temui..
Yang hanya ada sebuah beg baju yang boleh tahan besarnya..
Ahhh,lantaklah daripada tak ada..Yang penting aku dapat
pergi ke tenom..hehe
Pada malam sebelum bertolak,aku mula mengemas
barang-barang dan juga baju yang akan ku bawa
pada ke esokan harinya.. Sempat juga mak
menyakatku kerana beg bajuku yang besar sedangkan
isinya sedikit saja..he.. Oleh sebab nak cover malu,
aku membawa baju dan seluar lebih..Emakku
hanya tersenyum melihatku..
Perasaan tak sabar menanti
hari esok tetap ada dalam hati.. :-)
Selepas semuanya dah selesai,aku pun masuk bilik
untuk tidur...
Ke esokan paginya aku bangun awal kerana kitorang
akan bertolak awal disebabkan tempat yang kitorang tuju tu
boleh tahan jauhnya,mengambil masa beberapa
jam juga untuk sampai ke tempat yang dituju..
Jam 7.30 pagi,kitorang memulakan perjalanan..
Tiga buah kereta digunakan untuk pergi ke tenom..
Dalam perjalanan,sempat juga kitorang singgah di 'tamu bongawan'
untuk membeli makanan yang akan kitorang makan disepanjang
perjalanan nanti.. Maklumah,kitorang ni memang suka makan
hehehe.. Ketika itu memang ramai orang yang berkunjung ke tamu
bongawan tersebut.. Suasana agak sesak juga walaupun masih
awal pagi.. Bermacam-macam juadah yang dijual di situ..
Kitorang memilih untuk pergi ke sebuah gerai yang menjual makanan
kering dan kuih muih.. Kuih cincin,keropok lekor,goreng pisang dan
kuih gelang menjadi pilihan kitorang.. hehe
Kitorang meneruskan perjalanan lagi dan kali ini kitorang tak berhenti
untuk singgah ke mana-mana kerana jam sudah menunjukkan
angka 10 pagi sedangkan kitorang baru sampai sipitang,salah
sebuah pekan yang menarik dan banyak menjual buah-buahan..
Sempat juga aku terlelap dan apabila aku sedar,aku dapat
merasakan suhu disekelilingku menjadi dingin..
Rupa-rupanya kitorang sedang berada di kawasan tinggi
yang berkabus.. Pendengaran pun mula terbatas..
Di situ,kitorang memutuskan untuk berehat sekejap
untuk menghilangkan rasa penat.. Sempat jugalah aku menggunakan
kebolehan telefon pintarku untuk merakamkan detik
gembira ketika itu..hehe
Selepas 15min berehat,kitorang meneruskan lagi perjalanan..
Kali ini kitorang terpaksa memandu dalam keadaan perlahan
kerana kitorang telah memasuki kawasan jentera berat..
Tapi kitorang tetap meneruskan perjalanan dengan sabar..
Lebih kurang 4jam perjalanan,akhirnya kitorang pun tiba ditempat
yang dituju iaitu 'Kg Bamban Tenom'.. :-)
Kampung ni merupakan kampung pakcik cousinku sendiri..
Kampung ni merupakan kampung pakcik cousinku sendiri..
Sesampainya disana,kitorang terus mendaki bukit yang
tak berapa tinggi.. Sebenarnya tujuan kitorang ke tenom
adalah untuk menghadiri satu majlis perkahwinan dan untuk menikmati buah durian yang baru gugur dari
dahannya,kira buah durian yang memang fresh la..hehe
Waktu tu penat pun dah tak terasa dah,di kepala ni
asyik fikir nak makan durian yang segar ja.. :-)
Pendakian kami pun bermula..
Si kecil yang berbaju merah ini tetap bersemangat mendaki bukit semata-mata untuk mengutip buah durian yang segar..
Haa,inilah durian pertama yang kitorang jumpa..
Segar ni..hehehe
Kalau korang nak tau,banyak betul durian yang kitorang
dapat.. Tiga bakul penuh durian yang kitorang
dapat dan bawa balik..hehe
Memang sungguh seronok travel aku kali ni sebabnya
ditemani dengan cousin-cousin dan uncle yang cukup
sporting giler..hehe
Kitorang makan durian sampailah kitorang kenyang..
Hinggakan nak makan nasi pun kitorang dah tak
larat..he
Walaupun masih dikaki bukit,kitorang tetap melahap buah durian yang
gugur berdekatan dengan kitorang.. Nyaris kepala kitorang ni
jadi mangsa buah durian yang jatuh..hihi
Rasa buah durian yang segar ni memang tak
dapat nak digambarkan..manis gilerr..
Setelah puas menikmati buah durian,cousin perempuan
aku pun memanggil kitorang untuk berangkat pulang..
Ketika tu memang aku terkejut sangat-sangat..
Mana taknya,sehari sebelum kitorang gerak,
cousin aku yang sorang lagi bagitau yang kitorang akan
bermalam di Tenom,last-last tak jadi pula..
Malu aku beb nak berdepan dengan mak aku
yang memang dah tergelak tengok aku bawa beg besar...
Menggelabah juga aku dibuatnya,tp aku buat-buat cool..
hehehe
Kitorang memutuskan untuk menggunakan jalan
Keningau ketika balik nanti.. Jalan dia memng berbukit-bukit
dan berliku-liku.. Selain itu kitorang juga terpaksa melalui jalan
yang penuh dengan kabus tebal hingga membataskan
pandangan mata kitorang..
Jelajahku kali ini memang best dan tak akan ku lupakan
sampai bila-bila.. Keseronokan mendaki bukit dan menanti
durian jatuh merupakan satu pengalaman yang sangat menarik..
Selepas beberapa jam berada dijalan raya,akhirnya kitorang pun tibalah di
Papar iaitu tempat kitorang tinggal..
Senyuman tetap terukir di bibir kitorang walaupun keletihan
menemani kitorang.. :-)
Otak ku ligat berfikir,apalah agaknya reaksi mak aku bila melihat kepulanganku pada hari yang sama sedangkan aku memberitahunya yang aku akan bermalam di Tenom.. Mesti mak aku akan gelakkan aku.. Ahhhhhh,lantaklah.. hehehe