Monday, 31 December 2012

Destinasi "TENOM SABAH"




Tenom,salah satu tempat yang agak menarik juga untuk
dikunjungi..

Baru-baru ni aku telah pergi ke satu daerah yang diberi nama
'Tenom' salah satu tempat yang mempunyai sejarah
di mana terdapatnya sebuah lagenda pada zaman dahulu
dan di sini jugalah terdapat seorang pahlawan yang
bernama 'pahlawan antanom'..

Sehari sebelum bertolak,telefon pintarku berbunyi
menandakan ada SMS yang masuk.. Dengan rasa malas
aku mencapai telefon pintarku di atas meja ruangtamu..
Butang yang memaparkan perkataan 'read' ku tekan dan
terpampangla diskrin telefon pintarku sebaris ayat yang berbunyi
'esok jalan kita pergi Tenom,bermalam disana satu malam'..
Dengan perasaan gembira aku lantas bangun dan terus naik
ketingkat atas rumahku.. Aku menyediakan baju-baju yang
akan ku bawa esok..

Baju dah pun kusediakan dan aku mula mencari beg
tempat untuk ku menyimpan baju..
Penik apabila beg yang ku cari tidak ku temui..
Yang hanya ada sebuah beg baju yang boleh tahan besarnya..
Ahhh,lantaklah daripada tak ada..Yang penting aku dapat
pergi ke tenom..hehe

Pada malam sebelum bertolak,aku mula mengemas
barang-barang dan juga baju yang akan ku bawa
pada ke esokan harinya.. Sempat juga mak
menyakatku kerana beg bajuku yang besar sedangkan
isinya sedikit saja..he.. Oleh sebab nak cover malu,
aku membawa baju dan seluar lebih..Emakku
hanya tersenyum melihatku..
 Perasaan tak sabar menanti
hari esok tetap ada dalam hati.. :-)
Selepas semuanya dah selesai,aku pun masuk bilik
untuk tidur...

Ke esokan paginya aku bangun awal kerana kitorang
akan bertolak awal disebabkan tempat yang kitorang tuju tu
boleh tahan jauhnya,mengambil masa beberapa
jam juga untuk sampai ke tempat yang dituju..

Jam 7.30 pagi,kitorang memulakan perjalanan..
Tiga buah kereta digunakan untuk pergi ke tenom..
Dalam perjalanan,sempat juga kitorang singgah di 'tamu bongawan'
untuk membeli makanan yang akan kitorang makan disepanjang
perjalanan nanti.. Maklumah,kitorang ni memang suka makan
hehehe.. Ketika itu memang ramai orang yang berkunjung ke tamu
bongawan tersebut.. Suasana agak sesak juga walaupun masih
awal pagi.. Bermacam-macam juadah yang dijual di situ..

Kitorang memilih untuk pergi ke sebuah gerai yang menjual makanan
kering dan kuih muih.. Kuih cincin,keropok lekor,goreng pisang dan
kuih gelang menjadi pilihan kitorang.. hehe

Kitorang meneruskan perjalanan lagi dan kali ini kitorang tak berhenti
untuk singgah ke mana-mana kerana jam sudah menunjukkan
angka 10 pagi sedangkan kitorang baru sampai sipitang,salah
sebuah pekan yang menarik dan banyak menjual buah-buahan..
Sempat juga aku terlelap dan apabila aku sedar,aku dapat
merasakan suhu disekelilingku menjadi dingin..
Rupa-rupanya kitorang sedang berada di kawasan tinggi
yang berkabus.. Pendengaran pun mula terbatas..
Di situ,kitorang memutuskan untuk berehat sekejap
untuk menghilangkan rasa penat.. Sempat jugalah aku menggunakan
kebolehan telefon pintarku untuk merakamkan detik
gembira ketika itu..hehe



Selepas 15min berehat,kitorang meneruskan lagi perjalanan..
Kali ini kitorang terpaksa memandu dalam keadaan perlahan
kerana kitorang telah memasuki kawasan jentera berat..
Tapi kitorang tetap meneruskan perjalanan dengan sabar..

Lebih kurang 4jam perjalanan,akhirnya kitorang pun tiba ditempat
yang dituju iaitu 'Kg Bamban Tenom'.. :-)
Kampung ni merupakan kampung pakcik cousinku sendiri..

Sesampainya disana,kitorang terus mendaki bukit yang 
tak berapa tinggi.. Sebenarnya tujuan kitorang ke tenom
adalah untuk menghadiri satu majlis perkahwinan dan untuk menikmati buah durian yang baru gugur dari
dahannya,kira buah durian yang memang fresh la..hehe
Waktu tu penat pun dah tak terasa dah,di kepala ni
asyik fikir nak makan durian yang segar ja.. :-)

Pendakian kami pun bermula..




Si kecil yang berbaju merah ini tetap bersemangat mendaki bukit semata-mata untuk mengutip buah durian yang segar..

 Haa,inilah durian pertama yang kitorang jumpa..
Segar ni..hehehe

Kalau korang nak tau,banyak betul durian yang kitorang
dapat.. Tiga bakul penuh durian yang kitorang
dapat dan bawa balik..hehe
Memang sungguh seronok travel aku kali ni sebabnya
ditemani dengan cousin-cousin dan uncle yang cukup
sporting giler..hehe
Kitorang makan durian sampailah kitorang kenyang..
Hinggakan nak makan nasi pun kitorang dah tak
larat..he


Walaupun masih dikaki bukit,kitorang tetap melahap buah durian yang
gugur berdekatan dengan kitorang.. Nyaris kepala kitorang ni
jadi mangsa buah durian yang jatuh..hihi
Rasa buah durian yang segar ni memang tak
dapat nak digambarkan..manis gilerr..

Setelah puas menikmati buah durian,cousin perempuan
aku pun memanggil kitorang untuk berangkat pulang..
Ketika tu memang aku terkejut sangat-sangat..
Mana taknya,sehari sebelum kitorang gerak,
cousin aku yang sorang lagi bagitau yang kitorang akan
bermalam di Tenom,last-last tak jadi pula..
Malu aku beb nak berdepan dengan mak aku
yang memang dah tergelak tengok aku bawa beg besar...
Menggelabah juga aku dibuatnya,tp aku buat-buat cool..
hehehe

Kitorang memutuskan untuk menggunakan jalan
Keningau ketika balik nanti.. Jalan dia memng berbukit-bukit
dan berliku-liku.. Selain itu kitorang juga terpaksa melalui jalan
yang penuh dengan kabus tebal hingga membataskan
pandangan mata kitorang..





Jelajahku kali ini memang best dan tak akan ku lupakan
sampai bila-bila.. Keseronokan mendaki bukit dan menanti
durian jatuh merupakan satu pengalaman yang sangat menarik..

Selepas beberapa jam berada dijalan raya,akhirnya kitorang pun tibalah di
 Papar iaitu tempat kitorang tinggal..
Senyuman tetap terukir di bibir kitorang walaupun keletihan
menemani kitorang.. :-)

 Otak ku ligat berfikir,apalah agaknya reaksi mak aku bila melihat kepulanganku pada hari yang sama sedangkan aku memberitahunya yang aku akan bermalam di Tenom.. Mesti mak aku akan gelakkan aku.. Ahhhhhh,lantaklah.. hehehe


Friday, 28 December 2012

sambal oh sambal

Sambal,merupakan salah satu makanan yang
popular dikalangan rakyat malaysia
malahan juga turut popular dikalangan
pelancong-pelancong yang datang berkunjung ke negara
kita..

Sambal juga sangat popular di kampung-kampung tak
kisahlah kampung mana sekalipun asalkan namanya
kampung kerana sambal ni memang berasal dari kampung
hehehe
'Asal Dari Kampung' kata kumpulan KECIK (raja lawak) :-)

Bermacam jenis sambal yang memang kita ketahui
dan rasanya memanglah sedap dan sukar untuk kita
bayangkan,,sedap hingga menjilat jari..he

Keaslian buatan dan rasanya mampu membuat
kita teruja selepas merasanya..
Ada sesetengah penggemarnya sanggup menjelajah ke
kampung-kampung semata-mata mahu merasa
dan belajar membuat sambal.. Tak kira apa jenis sambal
sekalipun asalkan namanya sambal..hehe

Kalau korang nak tau,aku ni pun sebenarnya
merupakan peminat setia dalam masakan sambal ni..
Tak kisahlah apa jenis sambal sekalipun,
kalau diberikan peluang aku pasti ingin merasanya..

Salah satu sambal yang aku minat sangat makan
adalah sambal yang diberi nama 'sambal lada belacan'
atau lebih dikenali sebagai 'sambal cili belacan'.. :-)
Sambal ni bagi aku memang sedap dimakan
bersama-sama dengan sayur timun dan juga
sayur peria...haa,sedap hingga menjilat jari..hehe

Tadaaa!!!

Ha inilah sambal yang aku maksudkan tu
'sambal lada belacan'..hehe
macam mana,nampak sedapkan..tapi memang
betul pun rasa sambal ni sedap dan unik rasanya
tambah-tambah lagi kalau si pembuatnya tu memang
terror buat sambal jenis ni.. :-)



Ha,inilah si pembuat sambal yang aku ceritakan tadi..



Wajah-wajah ceria yang tak sabar menanti 'sambal lada belacan'
siap dihidangkan..

Nantikan ceritaku yang seterusnya dalam blogku
Aku,Travel & dot.dot.dot

Monday, 24 December 2012

jalan -jalan ...makan - makan

sambil berjalan sambil cari makan...

kuih karipap , kuih tradisional yang tak mungkin aku lupakan..


makan di kedai mamak ..ermmm sedap hingga menjilat jari ..



Friday, 21 December 2012

This is MY

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hai semua...
Aku ni merupakan ahli baru dan baru ja menceburkan diri dalam dunia blog ni,hehehe
So kalau ada kata-kata aku yang tak ok dalam blog ni,harap dimaafkanlah ye..

SERBA SEDIKIT MENGENAI AKU
Nama aku yang sebenar adalah Mohd Azman..
Umur aku pula dah masuk dot.dot.dot (lain kali aku bagitau ye.hehe)
Aku ni adalah orang sabah dan merupakan penghuni sabah.
Sejak kecil lagi aku ni memang dok kat sabah pn,heh
Aku ni merupakan anak ke empat dari empat orang adik beradik.
Kira anak bongsu lah ni..hehehe
Aku ni sebenarnya memang suka menulis dan berminat dalam penulisan blog ni,
cuma tak berpeluang untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan,apa boleh buat..
Tapi itu dulu,sekarang ni aku dah mula mendekatkan diri dalam dunia penulisan..

Aku ni sebenarnya suka sangat 'mengayau',
dalam erti kata lain, 'berjalan-jalan' ke tempat-tempat yang belum pernah ku jelajah..
So kalau korang tau tempat-tempat yang menarik dan sesuai untuk di kunjungi,korang habaq le kat che ye..hehehe

CINTA?
Em,no komen lah dalam bab cinta ni..cause kisah cinta aku ni sangat complicated
dan sangat panjang untuk ku ceritakan..
dalam kisah cinta aku,banyak suka dan duka yang menemani sepanjang perhubungan cintaku..
So,lain kalilah aku ceritakan ye.
kalau korang nak tau juga,kenalah tunggu...hehe

Nantikan kisah ku yang seterusnya dalam blog ku,
Aku,Travel & dot.dot.dot