Tuesday, 8 July 2014

Sipitang Sabah bah


Salam semua...

Rasanya lama dah aku tak update story kat blog aku ni.. Tapi takpe, kali ni aku akan kongsikan apa yang telah aku lakukan pada tahun baru cina lepas..

Pagi Sabtu lepas aku bangun awal,plan nak joging,tapi x jadi pula cause badan ni rasa letih la pula... Takpe2 plan di batalkan... Tengah dok seronok tengok ceta kartun dekat tv ( gelak kcil) tiba-tiba telefon pintar milikku berbunyi,bunyi wassup la tu..

Telefon pintar ku capai dan mesej ku baca, ijam kazen ku yang hantar mesej.. Dia ajak aku jalan rupanya, boring katanya.. Dia ni macam tau-tau ja yang aku ni pun memang da keboringan sangat..
Dengan pantas aku balas " jalan pergi mana?". sending mesej.. Cousen reply " adalah,jauh perjalanan".. "ok set" balas ku... Tapi yang rasa kurang enak tu,dia just bagi aku masa 30 minit ja untuk aku bersiap... Mak aii,singkatnya... Memang cousen aku ni sengaja nak kenakan aku ni.. Tp takpe,aku boleh siap dengan cepat...

Jam 10:30 pagi aku dah sampai dekat rumah dia... Sah memang dia kenakan aku... Mana taknya,dia hanya duduk dekat kerusi sambil tengok tv... Lepas tu siap senyum gelak lagi tengok aku... Aku buat slumber je dan terus tanya bila nak bertolak.. Sambil ketawa dia kata tunggu kakak dia bersiap lagi.. Rupanya kakak dia pun dia ajak sekali... Aku dah dapat agak dah plan jalan ni memang betul hihihi

Jam 11:30 kitorang gerak dari rumah... Aku ambil tempat duduk di bahagian belakang bersama-sama dengan cousen yang sorang lagi... Macam banyak je cousen-cousen aku yang ikut kan hehe.. Actually Cousen yang ikut serta cuma 3 orang ja, husband cousen perempuan pun ikut serta dan of course lah anak-anak dorang pun ikut serta kan,tak kan nak tinggalkan pula...
Sepanjang perjalanan tu,kitorang asyik gelak.. Tak henti-henti kitorang bergurau.. Nasib baiklah cousen aku yang tengah drive tu tak terganggu hihi.. Aku macam biasalah buat lawak tak henti-henti hehe... Hobi aku kot hihi


"WELCOME TO SIPITANG"
Satu jam lebih perjalanan,akhirnya kitorang tibalah di tempat yang kami tuju... Ramai orang aku cakap dengan korang... Pasangan couple lagilah ramai.. Cemburu jg tgk pasangan-pasangan couple ni... Tiba2 rasa sayu pula bila teringatkan ex gf... Dulu kitorang pernah datang sini bersama-sama dengan adik dia.. Tapi nak buat camna,jodoh tak panjang, putus tengah jalan... Tp xpela,kenangan tu tetap akan terus jadi kenangan kan dan apa yang penting sekarang,aku enjoy dengan percutian kali ni hehe.. Kot-kot terjumpa jodoh kat sini kan hehe



First kitorang ambik gambar sementara cousen aku yang lain pula mencari tempat untuk kitorang lunch... Puas ambik gambar,kitorang pun lunch di restoran tepi pantai yang cousen aku pilih.. Walaupun restoran tu ala-ala warung,tapi hidangannya sedap-sedap.. Satay sipitang menjadi pilihan hidangan pembuka selera sementara menanti hidangan sebenar sampai...


Nasi goreng belacan pedas,pilihan aku.. Sedap memang sedap terutamanya sambal belacan yang di hidangkan benar-benar membuka seleraku... Sambil kitorang makan,kitorang bergurau senda.. Tak henti-henti kitorang gelak hinggakan kitorang tak perasan hampir dua jam kitorang duduk kat restoran tu hihi..
Lepas lunch barulah kitorang jalan-jalan dan ambik gambar kenangan... Banyak juga gambar yang kitorang tangkap, bermacam-macam posing yang keluar sewaktu bergambar tu hehe
Si kecil (anak buah aku) pun tak kurang hebatnya berposing hehe
Kitorang juga sempat membeli layang-layang untuk di main di tepi pantai.. Tapi angin pula tak bertiup,rasa hampa pula...


Puas bergambar,akhirnya kitorang pun memutuskan untuk berangkat pulang kerana hari pun sudah lewat.. Dalam perjalanan pulang,kitorang tetap bergurau senda... Aku langsung tak membenarkan cousen yang duduk sebalah aku tidur.. Setiap kali dia hendak memejamkan mata,aku pasti akan menggangunya hihihi
Tak lama selepas tu,kitorang pun tiba di rumah.. Aku rasa seronok sangat hari tu.. Lepas ni tak tau kemana lagi kitorang akan bercuti ^_^



Tuesday, 7 January 2014

Lawatan ke rumah warga tua

Tahun 2014 dah tiba,so sebelum terlambat aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua...HAPPY NEW YEAR... :-)

OK,pada kali ni aku ceritakan sedikit story yang telah aku lakukan sebelum tfggahun 2014 tiba...

Baru-baru ni aku dan keluargaku telah membuat satu lawatan ke rumah WargaTua di Sabah... Semua rancangan tu telahpun kami jalankan dengan jayanya walaupun planing ni kitorang buat dalam keadaan kelam kabut hehehe

Ringkas dan cepat adalah motif utama dalam lawatan kami ini... Bukan apa,aktiviti harian untuk warga tua tersebut telah pun d tetapkan dan perlu dilaksanakan... Sebab tu lah kitorang buat majlis lawatan tu ringkas dan cepat...

Kalau korang nak tahu,warga tua yang sempat kami jumpa semuanya baik dan ramah serta sporting... Memang seronok lah sepanjang lawatan tersebut... Gelak tawa dari warga tua telah membuatkan suasana menjadi ceria...

Bila tiba waktu untuk berpisah,kami sempat nenjenguk ke kediaman untuk warga tua tersebut... Kitorang berkenalan dan mendengar cerita yang mereka kongsikan dengan kami...