Tuesday, 8 July 2014

Sipitang Sabah bah


Salam semua...

Rasanya lama dah aku tak update story kat blog aku ni.. Tapi takpe, kali ni aku akan kongsikan apa yang telah aku lakukan pada tahun baru cina lepas..

Pagi Sabtu lepas aku bangun awal,plan nak joging,tapi x jadi pula cause badan ni rasa letih la pula... Takpe2 plan di batalkan... Tengah dok seronok tengok ceta kartun dekat tv ( gelak kcil) tiba-tiba telefon pintar milikku berbunyi,bunyi wassup la tu..

Telefon pintar ku capai dan mesej ku baca, ijam kazen ku yang hantar mesej.. Dia ajak aku jalan rupanya, boring katanya.. Dia ni macam tau-tau ja yang aku ni pun memang da keboringan sangat..
Dengan pantas aku balas " jalan pergi mana?". sending mesej.. Cousen reply " adalah,jauh perjalanan".. "ok set" balas ku... Tapi yang rasa kurang enak tu,dia just bagi aku masa 30 minit ja untuk aku bersiap... Mak aii,singkatnya... Memang cousen aku ni sengaja nak kenakan aku ni.. Tp takpe,aku boleh siap dengan cepat...

Jam 10:30 pagi aku dah sampai dekat rumah dia... Sah memang dia kenakan aku... Mana taknya,dia hanya duduk dekat kerusi sambil tengok tv... Lepas tu siap senyum gelak lagi tengok aku... Aku buat slumber je dan terus tanya bila nak bertolak.. Sambil ketawa dia kata tunggu kakak dia bersiap lagi.. Rupanya kakak dia pun dia ajak sekali... Aku dah dapat agak dah plan jalan ni memang betul hihihi

Jam 11:30 kitorang gerak dari rumah... Aku ambil tempat duduk di bahagian belakang bersama-sama dengan cousen yang sorang lagi... Macam banyak je cousen-cousen aku yang ikut kan hehe.. Actually Cousen yang ikut serta cuma 3 orang ja, husband cousen perempuan pun ikut serta dan of course lah anak-anak dorang pun ikut serta kan,tak kan nak tinggalkan pula...
Sepanjang perjalanan tu,kitorang asyik gelak.. Tak henti-henti kitorang bergurau.. Nasib baiklah cousen aku yang tengah drive tu tak terganggu hihi.. Aku macam biasalah buat lawak tak henti-henti hehe... Hobi aku kot hihi


"WELCOME TO SIPITANG"
Satu jam lebih perjalanan,akhirnya kitorang tibalah di tempat yang kami tuju... Ramai orang aku cakap dengan korang... Pasangan couple lagilah ramai.. Cemburu jg tgk pasangan-pasangan couple ni... Tiba2 rasa sayu pula bila teringatkan ex gf... Dulu kitorang pernah datang sini bersama-sama dengan adik dia.. Tapi nak buat camna,jodoh tak panjang, putus tengah jalan... Tp xpela,kenangan tu tetap akan terus jadi kenangan kan dan apa yang penting sekarang,aku enjoy dengan percutian kali ni hehe.. Kot-kot terjumpa jodoh kat sini kan hehe



First kitorang ambik gambar sementara cousen aku yang lain pula mencari tempat untuk kitorang lunch... Puas ambik gambar,kitorang pun lunch di restoran tepi pantai yang cousen aku pilih.. Walaupun restoran tu ala-ala warung,tapi hidangannya sedap-sedap.. Satay sipitang menjadi pilihan hidangan pembuka selera sementara menanti hidangan sebenar sampai...


Nasi goreng belacan pedas,pilihan aku.. Sedap memang sedap terutamanya sambal belacan yang di hidangkan benar-benar membuka seleraku... Sambil kitorang makan,kitorang bergurau senda.. Tak henti-henti kitorang gelak hinggakan kitorang tak perasan hampir dua jam kitorang duduk kat restoran tu hihi..
Lepas lunch barulah kitorang jalan-jalan dan ambik gambar kenangan... Banyak juga gambar yang kitorang tangkap, bermacam-macam posing yang keluar sewaktu bergambar tu hehe
Si kecil (anak buah aku) pun tak kurang hebatnya berposing hehe
Kitorang juga sempat membeli layang-layang untuk di main di tepi pantai.. Tapi angin pula tak bertiup,rasa hampa pula...


Puas bergambar,akhirnya kitorang pun memutuskan untuk berangkat pulang kerana hari pun sudah lewat.. Dalam perjalanan pulang,kitorang tetap bergurau senda... Aku langsung tak membenarkan cousen yang duduk sebalah aku tidur.. Setiap kali dia hendak memejamkan mata,aku pasti akan menggangunya hihihi
Tak lama selepas tu,kitorang pun tiba di rumah.. Aku rasa seronok sangat hari tu.. Lepas ni tak tau kemana lagi kitorang akan bercuti ^_^



Tuesday, 7 January 2014

Lawatan ke rumah warga tua

Tahun 2014 dah tiba,so sebelum terlambat aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU pada semua...HAPPY NEW YEAR... :-)

OK,pada kali ni aku ceritakan sedikit story yang telah aku lakukan sebelum tfggahun 2014 tiba...

Baru-baru ni aku dan keluargaku telah membuat satu lawatan ke rumah WargaTua di Sabah... Semua rancangan tu telahpun kami jalankan dengan jayanya walaupun planing ni kitorang buat dalam keadaan kelam kabut hehehe

Ringkas dan cepat adalah motif utama dalam lawatan kami ini... Bukan apa,aktiviti harian untuk warga tua tersebut telah pun d tetapkan dan perlu dilaksanakan... Sebab tu lah kitorang buat majlis lawatan tu ringkas dan cepat...

Kalau korang nak tahu,warga tua yang sempat kami jumpa semuanya baik dan ramah serta sporting... Memang seronok lah sepanjang lawatan tersebut... Gelak tawa dari warga tua telah membuatkan suasana menjadi ceria...

Bila tiba waktu untuk berpisah,kami sempat nenjenguk ke kediaman untuk warga tua tersebut... Kitorang berkenalan dan mendengar cerita yang mereka kongsikan dengan kami...

Sunday, 24 November 2013

Seribu Kenangan

Tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya... Rasa sedih dan sebak pula bila mengenangkan penghujung tahun 2013 kerana terlalu banyak dugaan-dugaan yang hadir menggangu hidup ku...

Memang kita sebagai manusia tak kan dapat lari dari semua dugaan-dugaan duniawi,tapi semuanya adalah lumrah hidup sebagai manusia dan kita harus terima dengan sabar...
Sebenarnya ada perkara sedih berlaku dalam hidup ku dan nak share dengan para pembaca semua,tapi oleh kerana ianya adalah peribadi,aku x jadilah nak ceritakan kat korang semua,sorry ye...

Tapi,sampai masanya nanti,aku akan coretkan juga kisah sedih yang pernah berlaku dalam hidupku...

Ermmmm...pas ni aku nak buat cerita novel la pula,itupun kalau ada di antara pembaca yang menyokong niat aku ini... Kalau ada yang setuju,sila tinggalkan komen ye hee...

Monday, 16 September 2013

Hari-hariku yang sibuk

Sejak dua menjak ni aku semakin sibuk dengan kerja-kerja yang semakin bertimbun dari hari ke hari...
By the way,aku nk minta maaf kat korang sebab lama da tak update blog...Semuanya sebab Sibuk dengan kerja...

Friday, 2 August 2013

Persiapan raya 2013

Excited menantikan ketibaan syawal tahun ni... Banyak persiapan raya yang dah di siapkan... Baju raya pun sudah,kuih raya pun dah siap... Tapi tahun ni kitorang tak buat kuih raya,kami beli je... Rasanya tak sempat dah kalau nak buat kuih raya...

Tahun ni kitorang sibuk mengemas rumah,nak upgrade sikit keadaan dan suasana rumah hehe... Ha,sebab tu lah kitorang tak sempat buat kuih raya... Jawapanya,bli kuih jela... Selesai masalah hihi

Ramadhan yg ke15,kitorang dah mula mengemas rumah...
Yang perempuan ditugaskan untuk menghias bahagian dalaman rumah dan yg lelaki pula sibuk mengemas bahagian luar rumah...

Penat tu memang terasa jugakla,maklumla skrg ni kn bulan puasa...
Walau penat tu terasa sangat,tapi kami semua gembira... Gurau senda tetap ada...hiii

Tahun ni kitorang tukar cat kat bahagian dalam rumah... Warna pilihan adalah warna hijau sejuk dan jg warna hijau terang...

Seriously warna pilihan akak aku ni mmg cantik... Gabungan dua warna ni betul-betul menambah seri lagi dlm rumah...

Walaubagaimanapun,aku x dpt nak selitkan gambar-gambar kat dalam ni,couse ada masalah sikit... Tapi story aku lepas ni aku ada selitkan beberapa keping gambar... Semuanya berkaitan dengan hari lebaran iaitu HARI RAYA... Hee

Jangan lupa tunggu tau....

Otak Bisness

Kerja dengan goverment susah sangat mau dapat...Bermacam borang pekerjaan sudah di isi,tapi kerja goverment tetap susah untuk di capai...

Rasanya baik buat bisness kot.. Manala tau dengan berniaga boleh mendapat keuntungan kan... Otak ni dah terfikirkn tentang nak buka bisness...

Masalah sekarang,bisness apa yang mau di jalankan ni ye,emmm..
Survey punya survey,top dapat satu idea... Baik buka bisness menanam cendawan,boleh dapat untung banyak...

Cendawan Tiram adalah cendawan yang akan aku usahakan... Dengar-dengar bolh dpt untung banyak itupun kalau rajinlah kan...

Rakan kongsi pun dah ada,so tinggal nak cari tempat mau jalankn bisness ni saja lagi...

Perancangan pun kena rapi sebelum memulakan bisness ni...
Apa-apa pun,jangan putus asa sebelum berjaya... Cuba sebaik mungkin...

Nanti aku akan ceritakan lagi tentang bisness yang aku akan buat ni...

Wednesday, 27 March 2013

Kisah Sedih Tentang CINTA

Awak..
awak tau tak saya sayangkan awak?
awak tau tak saya sentiasa teringatkan awak?
awak tau tak yang saya cintakan awak?
awak tau tak yang saya betul-betul nak awak jadi milik saya?
awak tau tak yang saya betul-betul ingin membina mesjid untuk awak?

Awak...
awak ingat tak saat kita mula-mula kenal?
awak ingat tak yang awak selalu perhatikan saya?
awak ingat tak awak pernah hadiahkan sesuatu untuk saya?
awak ingat tak kita pernah terpisah seketika?

Awak...
kenapa awak degil?
kenapa awak tak nak dengar cakap saya?
kenapa awak tak pedulikan apa yang ingin saya sampaikan pada awak?

Hari tu kita keluar bersama,awak nampak cantik sangat waktu tu.. Saya pimpin tangan awak ketika kita jalan-jalan di pusat beli belah.. Hari tu memang hari yang sangat bahagia bagi saya sebab dapat bersama awak..
Kita berjalan bersama,makan bersama,menonton wayang bersama.. Setiap apa yang kita nak buat semuanya kita buat bersama..
Sepanjang hari tu kita tetap bersama sambil menghargai pertemuan kita itu.. Pertemuan yang dah kita rancang dengan rapi..

Awak,,,
awak kat mana ni?
awak,kenapa tak jawab telefon?
awak tak nak pedulikan saya ke?
awak nak tinggalkan saya ke?
awak tak rindukan saya ke?

Awak...
awak tahu tak saya sentiasa merindukan awak?
awak tahu tak saya sentiasa ingat kenangan indah yang pernah kita lakarkan dulu?
awak tahu tak saya tak pernah lupakan awak?
awak tahu tak saya sangat menghargai awak?

Awak...
saya harap awak tak kan lupakan saya walaupun sekarang ni awak dah hidup bahagia..
saya tumpang gembira bila melihat awak gembira..
saya akan selalu mendoakan kebahagiaan awak..
saya harap awak tak lupakan saya..

Awak...
Saya nak awak tahu,selama ni saya sentiasa ikhlas dan jujur terhadap awak.. Saya tak pernah membohongi awak.. Setiap kata yang keluar dari bibir saya ditemani dengan kejujuran sebab saya tak nak tipu awak.. Mungkin awak tak nampak kejujuran saya pada awak,tapi saya yakin awk juga merasai kejujuran yang telah saya taburkan pada awak selama ini..

Awak...
Mungkin awak tak nmapak apa yang saya buat di belakang awak,tapi saya boleh yakinkan awak yang saya hanya buat sesuatu yang betul,sesuatu yang tak bertentangan dengan apa yang saya janjikan pada awak...

Awak...
awak sayang saya tak?
kalau awak sayangkan saya,awak muncullah di depan saya...
saya sentiasa merindukan awak,walaupun mungkin awak tak merindukan saya lagi...
awak cepat-cepatlah muncul di depan saya ya,saya akan selalu tunggu awak sebab saya sayang awak selamanya.....................